Rumah Terbuka Bersatu Selangor di lokasi baharu

SEPANG 17 April –  Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan diadakan di Fraser Valley Kuala Kubu Bharu, Lot 3545, Jalan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, tarikh dan masa kekal seperti yang telah diumumkan iaitu 21 April mulai pukul 10 pagi sehingga 2 petang.

Pemilihan lokasi baharu itu dibuat selepas Azmin mendakwa Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Bersatu mengadakan majlis itu di Pusat Perdagangan Ara, Jalan Ara 3, Seksyen 5, Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor.

“Bersatu tidak pernah sunyi dari tekanan dan ugutan dari Sang Penguasa. Namun, itulah yang menguatkan semangat pimpinan dan ahli-ahli Bersatu untuk terus berjuang. Kita dilatih dan dididik untuk istiqamah melawan perasuah dan menentang kezaliman.

“Petang ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Bersatu mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Pusat Perdagangan Ara, Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor. (Tapak Bazar Aidilfitri JRD),” katanya .

Azmin berkata, semua dijemput menghadiri majlis itu di lokasi yang ditetapkan yang akan turut dihadiri Presiden Bersatu,  Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment