Saksi kritikal: Kabinet tidak bincang

PUTRAJAYA 17 April – Kabinet tidak membincangkan pembabitan Timbalan Perdana Menteri,  Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kewujudan Titah Adendum.

“Tidak dibincangkan hari ini (dalam mesyuarat Kabinet),” kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di sini hari ini.

Najib, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Ahmad Zahid hari ini, disahkan sebagai ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan bekas Perdana Menteri itu mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah terbabit oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari lalu.

Nnn

Related posts

Leave a Comment