KUALA LUMPUR 1 April – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, menumpukan usaha memerangi rasuah secara habis-habisan di negara ini. Titah Seri Paduka, memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan baginda. “Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, My honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka ketika berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM itu di Istana Negara pagi ini. Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit, menyaksikan…
Read MoreDay: April 1, 2024
Nak boikot klinik Dr Akmal, silakan!
SEPANG 1 April – “ Kamu nak boikot klinik saya silakan,” Itu penegasan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, mengulas hasrat peguam Siti Kassim mahu memboikot kliniknya sama seperti tindakan boikot KK Mart. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka itu berkata, beliau percaya rezeki itu milik Allah dan pendiriannya untuk boikot KK Mart tidak berubah. “Geng Siti Kasim nak buat boikot pada klinik saya sebab tak puas hati apabila kita lancarkan boikot KK Mart. Suka hati kamu lah,saya percaya rezeki itu milik Allah,” katanya melalui…
Read MoreZafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor
KUALA LUMPUR 1 April – Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO Selangor berkuatkuasa hari ini. Melalui kenyataan di Facebooknya, beliau mengambil pendekatan untuk tidak harus memegang sesuatu jawatan jika tidak dapat menyumbang kepada perubahan positif atau penambahbaikan. “Malah lebih baik saya mengosongkan jawatan untuk diisi orang yang boleh menyumbang dengan lebih efektif,” katanya. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, beliau melihat perancangan kebangkitan parti di negeri itu sebagai hambar, dan tidak sehaluan dengan tema di UMNO Pusat. Menurut…
Read MorePenyu agar ditemukan mati
KEMAMAN 1 April – Seekor penyu agar jantan ditemukan mati di Pantai Chakar Hutan, Kertih di sini selepas dua minggu lepas difahamkan dua ekor terdampar di pantai berkenaan. Menurut Facebook Geng Plastik Ija (GPI), kematian penyu itu dipercayai akibat terjerut pukat pari yang dipasang di tengah laut. Dalam pada itu, Sinar Harian melaporkan, Ahli Jawatankuasa GPI Daerah Kemaman, Normazita Ali, 48, berkata, beliau menerima maklumat berkenaan penemuan penyu itu sekitar pukul 7.30 pagi pada Isnin. Katanya , sebaik tiba di lokasi tersebut sekitar pukul 10 pagi, terdapat seekor penyu jantan…
Read MoreAMK gesa Akmal ambil tanggungjawab
KUALA LUMPUR 1 April – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh, mengambil tanggungjawab atas apa yang didakwa ‘ketegangan’ masyarakat kesan kempen boikot yang dilancarkan oleh Pemuda UMNO terhadap kedai serbaneka KK Mart. Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi, dalam satu kenyataan hari ini, berkata seorang pemimpin politik harus meredakan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. “Sudah kami tegaskan sebelum ini bahawa, seorang pemimpin politik harus meredakan suhu api ketegangan kaum dalam masyarakat kita yang majmuk dan bukan sebaliknya. “Namun, Dr Akmal seolah-olah…
Read MoreBantuan Khas Kewangan RM500 Jumaat ini
PUTRAJAYA 1 April – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah dan semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen. Beliau mengumumkan demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, hari ini. “Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. “Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran…
Read MoreBerita pilihan…
Analisa data PADU pertengahan April
PUTRAJAYA 1 April – Analisa data dan pengesahan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka dapat dikeluarkan pertengahan bulan ini, kata Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin. Dalam kenyataan di X, Uzir berkata proses untuk pengemaskinian sistem PADU telah berakhir pukul 11.59 malam tadi, 31 Mac selepas dilancarkan sejak 2 Januari lalu. Menurut kenyataan itu, bagi mereka yang belum berkesempatan mendaftar pada tarikh tutup, maka data pentadbiran yang diterima daripada pelbagai agensi akan digunakan dahulu dalam proses penganalisaan yang dilaksanakan. Setakat pukul 12 tengah hari semalam, seramai 10.8 juta rakyat Malaysia…
Read MoreSasaran 10,000 EV dibincang selepas raya
PASIR SALAK 1 April – Keputusan semakan terhadap sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini menjelang 2025 hanya akan diketahui selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perbincangan awal bersama penggiat industri dan syarikat pemasangan stesen pengecas awam EV telah diadakan manakala mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) dijadualkan selepas hari raya. Katanya, setakat ini, terdapat 2,020 unit stesen EV yang sudah beroperasi secara rasmi dan secara tidak rasmi 2,100 unit. Bercakap pada Majlis Ihya’ Ramadan dan…
Read More