Penyu agar ditemukan mati

KEMAMAN 1 April – Seekor penyu agar jantan ditemukan mati di Pantai Chakar Hutan, Kertih di sini selepas dua minggu lepas difahamkan dua ekor terdampar di pantai berkenaan.

Menurut Facebook Geng Plastik Ija (GPI), kematian penyu itu dipercayai akibat terjerut pukat pari yang dipasang di tengah laut.

Dalam pada itu, Sinar Harian melaporkan, Ahli Jawatankuasa GPI Daerah Kemaman, Normazita Ali, 48, berkata, beliau menerima maklumat berkenaan penemuan penyu itu sekitar pukul 7.30 pagi pada Isnin.

Katanya , sebaik tiba di lokasi tersebut sekitar pukul 10 pagi, terdapat seekor penyu jantan dianggarkan seberat 150 kilogram (kg) dengan panjang 152.4 sentimeter (cm) terdampar di pantai berkenaan.

Beliau menganggarkan penyu itu telah mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan badannya yang telah kembung dan akan pecah.

(Foto FB GPI)

Related posts

Leave a Comment