JAKARTA : Anies Baswedan, calon presiden Indonesia yang tewas pada pilihan raya lalu memfailkan petisyen di Mahkamah Perlembagaan hari ini bagi mencabar keputusan pilihan raya dimenangi Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto. Bekas Gabenor Jakarta itu berkata tujuan tuntutan itu dibuat bagi memastikan demokrasi dipertingkatkan. Beliau turut mendakwa terdapat banyak masalah dalam pilihan raya itu yang perlu diperbetulkan termasuk mendakwa kerajaan semasa secara tidak adil mempengaruhi pilihan raya itu, walaupun ia sebelum ini ditolak oleh pihak berkuasa. Keputusan rasmi menunjukkan Prabowo, yang disokong Presiden Joko Widodo atau Jokowi menang dengan hampir 60…
Read MoreDay: March 21, 2024
ADUN Kuala Kubu Bharu meninggal dunia
SHAH ALAM 21 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, 58 meninggal dunia pagi ini selepas beberapa tahun bertarung dengan kanser. Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi dan mempertahankannya lima tahun kemudiannya dan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Pada PRN Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. Dalam pada itu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan menzahirkan…
Read More10 Ramadan…
Prabowo ikrar basmi kemiskinan
JAKARTA: Prabowo Subianto, 72 yang disahkan memenangi Pilihan Raya Indonesia pada 14 Februari lalu berikrar untuk menjadi presiden kepada semua rakyat Indonesia serta membasmi kemiskinan dan ketidakadilan. Berucap di hadapan penyokong di kediamannya selepas pengumuman rasmi semalam, Prabowo mengajak semua rakyat negara itu untuk melihat ke hadapan dalam perpaduan kerana cabaran masih besar. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan sukarelawan yang berkumpul di kediamannya. Kemenangan Prabowo pada pilihan raya presiden yang berlangsung 14 Februari lalu itu menandakan kesinambungan dasar kerajaan apabila Presiden Joko Widodo atau Jokowi bakal berundur…
Read MoreBerita pilihan…
PM Ireland letak jawatan
DUBLIN: Perdana Menteri Ireland dan ketua parti Fine Gael, Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatan dengan menyatakan alasan `peribadi dan politik’ sebagai punca berbuat demikian. Tindakannya itu disifatkan sebagai langkah mengejut atau ‘gempa politik’ , hanya 10 minggu sebelum Ireland mengadakan pilihan raya tempatan dan Parlimen Eropah. Varadkar yang menjawat jawatan Perdana Menteri pada usia 45 tahun dan kekal sebagai seorang pemimpin termuda Ireland, berkata dia merasakan bukan lagi `orang terbaik’ untuk memimpin negara. Ahli politik adalah manusia. Kami mempunyai batasan. Kami memberikan segala-galanya sehingga kami tidak mampu lagi dan kemudian…
Read MorePrabowo sah menang besar
JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengesahkan kemenangan Prabowo Subianto sebagai presiden negara itu dengan majoriti besar menewaskan dua pesaingnya yang berikrar memfailkan aduan undang-undang mengenai undian itu. Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari berkata Prabowo yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya selaku naib presiden, Gibran Rakabuming Raka menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan dan cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama. Dua pencabarnya iaitu Anies Baswedan pula memperoleh hampir 41 juta undi atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan manakala Ganjar Pranowo menerima 27 juta undi…
Read More