Prabowo sah menang besar

JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengesahkan kemenangan Prabowo Subianto sebagai presiden negara itu dengan majoriti besar menewaskan dua pesaingnya yang berikrar memfailkan aduan undang-undang mengenai undian itu.

Pengerusi KPU, Hasyim Asy’ari berkata Prabowo yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya selaku naib presiden, Gibran Rakabuming Raka menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan dan cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama.

Dua pencabarnya iaitu Anies Baswedan pula memperoleh hampir 41 juta undi atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan manakala Ganjar Pranowo menerima 27 juta undi atau lebih 16 peratus.

Prabowo dan Gibran yang juga anak sulung kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo sudah diisytihar menang bulan lalu selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan mereka memenangi majoriti

Sebelum ini, Prabowo, 72, yang juga Menteri Pertahanan dan mendapat sokongan Jokowi diramalkan akan memenangi jawatan presiden dan beliau akan mengambil alih kepimpinan pada Oktober selepas tempoh peralihan.

Sementara itu, Anies dan Ganjar berikrar untuk mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan mengenai penyelewengan dan dakwaan penipuan ketika pilihan raya.

Related posts

Leave a Comment