Kereta api laju Jakarta siap 2022

JAKARTA 18 Mei – Kereta api laju di Pulau Jawa yang menghubungkan Jakarta – Bandung dalam tempoh 46 minit dijangka mula beroperasi tahun depan, kata Presiden Indonesia Joko Widodo.

Setakat ini kata Jokowi, pembangunan projek itu  telah mencapai 73 peratus .

“Jika tak ada aral melintang, pembangunan kereta cepat Jakarta-Bandung selesai pada akhir tahun 2022 dan bisa diujicobakan,” katanya melalui Facebooknya hasil lawatan ke projek itu.

Projek yang dibangunkan syarikat PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) bermula 2019 itu melibatkan kos sebanyak US$6.071 bilion atau sekitar Rp 88.4 triliun dan bakal menjadi projek kereta api laju pertama di Asia Tenggara.

Rangkaian KCJB (kereta api cepat Jakarta-Bandung) bermula dari stesen Halim di Jakarta dan berakhir di Stesen Teggaluar, Bandung dengan jarak 142.3 km dan tempoh perjalanan 46 minit.

“Terowongan di belakang saya ini melintas di bawah tol Jakarta-Cikampek. Panjangnya 1.885 meter. Dan inilah terowongan yang akan dilalui kereta cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang sedang dibangun.,” katanya.

Related posts

Leave a Comment