SEBAIK sahaja diumumkan umat Islam di Malaysia akan berpuasa mulai esok Selasa, 12 Mac maka berduyun-duyunlah poster, video, ucapan, panduan ibadah dan sebagainya berkaitan puasa masuk ke WhatsApp. Pada masa yang sama, masih ada perbincangan berkaitan Tarawih. Berapa rakaat, adakah 8 + 3 atau 20 + 3. Akan timbul lagi kenapa tidak itu tidak ini. Dibandingkan pula masjid dan surau malahan sehingga dibandingkan dengan Arab Saudi. Di celah-celah perbahasan jumlah rakaat akan timbul juga soal tazkirah sama ada di pertengahan atau sesudah solat sunat itu. Biar berapa rakaat yang hendak…
Read MoreDay: March 11, 2024
Kok Seong disiasat isu sekolah vernakular
KUALA LUMPUR 11 Mac – Polis membuka kertas siasatan terhadap Felo Kanan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Dr Teo Kok Seong, berhubung kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Saifuddin memaklumkan perkara itu pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. Siasatan itu ekoran satu ucapan Kok Seong yang mendakwa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan negara. Kok Seong mendakwa 95 peratus…
Read MoreTol percuma dua bulan WCE Taiping ke Bruas
TAIPING 11 Mac – Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE) dari Taiping ke Beruas boleh digunakan secara percuma selama dua bulan bermula tengah malam ini sehingga 11 Mei depan, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi. Beliau mengumumkan bahawa tol percuma bersempena Ramadan dan Aidilfitri diberikan kepada pengguna yang memasuki lebuh raya itu dari Plaza Tol Taiping Selatan, Plaza Tol Trong dan Plaza Tol Beruas di kedua-dua arah. Katanya, Seksyen 11 itu melengkapkan keseluruhan bahagian WCE di Perak yang membabitkan empat pakej jajaran iaitu Seksyen 8, 9, 10 dan 11.…
Read MoreBersatu harap RoS beri kelulusan segera
KUALA LUMPUR 11 Mac – Bersatu berharap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dapat memberi pertimbangan segera meluluskan cadangan pindaan perlembagaan parti itu, kata Presidennya, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, cadangan pindaan perlembagaan adalah teratur dari segi teknikal dan ia adalah kehendak parti yang diputuskan dalam perhimpunan agungnya dengan jumlah kehadiran melebihi daripada jumlah mesyuarat ditetapkan. “Saya diberitahu (cadangan pindaan) sudah mengikut peraturan ditetapkan dan saya memohon supaya ROS beri pertimbangan sebaiknya dalam tempoh segera,” katanya selepas menyerahkan cadangan pindaan itu kepada RoS hari ini. Muhyiddin berkata, Setiausaha Kerja parti itu sedia memberikan…
Read More