Umat Islam Malaysia mula puasa 12 Mac

KUALA LUMPUR 10 Mac – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac 2024. Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang…

Read More

Noh Omar belum sertai PN

KUALA SELANGOR 10 Mac – Selepas lebh setahun meninggalkan UMNO, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar masih belum menyertai mana-mana parti politik, tetapi mengakui menyokong Perikatan Nasional (PN). Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, setakat ini beliau masih bergerak bebas dan boleh menyokong mana-mana parti selepas dipecat daripada umno pada Januari tahun lalu. Katanya, walaupun tidak menjadi ahli parti, beliau menyokong sepenuhnya perjuangan PN demi kemaslahatan kaum Melayu. Noh berkata demikian ketika ditemui pada Program Jelajah Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kampung Permatang di…

Read More

Wira Putra sokong PRK 7 Parlimen 1 DUN

KUALA LUMPUR 10 Mac –  Wira Putra menyokong cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan enam kerusi anggota Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri dikosongkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK). Ketua Pergerakan Wira Putra Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, inilah masanya Anwar menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia Madani kerajaan yang syumul dan mendapat sokongan rakyat. Pada masa yang sama Anwar juga boleh membuktikan bahawa pendapat Muhyiddin meleset apabila mendakwa Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri itu boleh menang besar sekiranya PRK…

Read More

Sabah tolak tuntutan tidak berasas UTC

KOTA KINABALU 10 Mac –  Sebarang tuntutan pihak luar ke atas wilayah Sabah oleh mana-mana kumpulan disifatkan sebagai cubaan untuk menggugat keamanan negeri dan mengancam kedaulatan negara, kata Ketua Menteri,  Hajiji Noor. Justeru kerajaan negeri menolak sekeras-kerasnya sebarang tuntutan termasuk yang terbaharu oleh kumpulan serpihan Sulu yang menamakan diri sebagai United Tausug Citizens (UTC). Katanya, cubaan dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa sebagai penjaga sah wilayah Kesultanan Sulu itu sama seperti mempersoalkan kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Rakyat Sabah telah memilih untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), oleh…

Read More

Lima juta bagi sesi persekolahan 2024/2025

JOHOR BAHRU 10 Mac – Lebih 5 juta pelajar prasekolah hingga Tingkatan Lima seluruh negara memulakan sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini dan esok, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan. Katanya, hari ini lebih 1.44 juta pelajar memulakan sesi persekolahan 2024/2025 di negeri Kumpulan A membabitkan Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Kementerian Pendidikan (KPM) buat tahun kedua melaksanakan sesi baharu minggu pertama tanpa pembelajaran akademik, terutama bagi membiasakan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu dengan persekitaran baharu mereka. Sepanjang minggu pertama sesi baharu persekolahan akan diisi dengan pelbagai program yang…

Read More

Kurikulum sekolah 2026 tidak terjejas

JOHOR BAHRU 10 Mac – Kurikulum persekolahan dijangka tidak akan terjejas susulan langkah mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari pada tahun 2026, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan. Beliau berkata kurikulum sedia akan dilaksanakan seperti biasa dengan jumlah persekolahan 150 hari setahun, dikekalkan. Justeru beliau meminta, ibu bapa dan guru tidak perlu bimbang terhadap dakwaan kononnya pelajar serta proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas berikutan langkah berkenaan. “Kita akan ambil kira pandangan dan keselesaan bukan sahaja murid serta pelajar, malah guru-guru dan ibu bapa terhadap langkah mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari,”…

Read More

Muda tak terlibat jelajah PN

KUALA LUMPUR 10 Mac –  Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menafikan partinya akan terbabit dalam jelajah anjuran Perikatan Nasional (PN) seperti diumumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam satu hantaran di portal X, Amir Hadi berkata perkara itu tak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda. Penafian itu dibuat selepas Muhyiddin mengumumkan semalam bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mewakili Muda untuk menyertai program jelajah PN yang dijangka bermula selepas Aidilfitri ini. Amir Hadi berkata pengumuman oleh Muhyiddin itu bukan keputusan…

Read More