WHO kutuk pengeboman sekolah

LONDON – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengutuk serangan terbaru ke atas hospital, sekolah serta kakitangan perubatan dalam konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.

Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan tindakan sedemikian tidak boleh dianggap sebagai ‘silap perhitungan’ atau ‘kebinasaan lingkungan’, sebaliknya perlu diiktiraf sebagai jenayah perang.

“Mengebom hospital atau sekolah bukan satu ‘kesilapan perhitungan’. Membunuh paramedik bukan ‘kebinasaan lingkungan’. Membiarkan orang awam kebuluran bukan ‘taktik rundingan’.

“Ini adalah jenayah perang. Noktah. Panggil ia dengan nama yang sewajarnya,” katanya menerusi X.

Sekurang-kurang 150 pelajar perempuan terkorban dalam serangan udara ke atas Sekolah Rendah Shajareh Tayyebeh di Bandar Minab, selatan Iran, pada 28 Februari lalu apabila Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama.

Setakat ini, serangan itu sudah mengorbankan lebih 1,300 orang termasuk Pemimpin Agung Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei, manakala lebih 10,000 lagi cedera.

Nnn

Related posts

Leave a Comment