Lima juta bagi sesi persekolahan 2024/2025

JOHOR BAHRU 10 Mac – Lebih 5 juta pelajar prasekolah hingga Tingkatan Lima seluruh negara memulakan sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini dan esok, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.

Katanya, hari ini lebih 1.44 juta pelajar memulakan sesi persekolahan 2024/2025 di negeri Kumpulan A membabitkan Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Kementerian Pendidikan (KPM) buat tahun kedua melaksanakan sesi baharu minggu pertama tanpa pembelajaran akademik, terutama bagi membiasakan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu dengan persekitaran baharu mereka.

Sepanjang minggu pertama sesi baharu persekolahan akan diisi dengan pelbagai program yang sesuai.

“KPM mahukan murid dan pelajar hadir ke sekolah dalam situasi seronok, dapat serap dengan cepat semua ekosistem dan budaya yang ada di sekolah sekali gus dapat berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail (SSI), hari ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin.

Bagi Johor, seramai 602,619 pelajar sekolah rendah dan menengah memulakan sesi persekolahan 2024/2025, hari ini.

(Foto FB Aznan Tamin)

Related posts

Leave a Comment