Umat Islam Malaysia mula puasa 12 Mac

KUALA LUMPUR 10 Mac – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Selasa, 12 Mac 2024.

Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Syed Danial mengumumkan tarikh penting itu secara langsung menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Related posts

Leave a Comment