KUALA LUMPUR 6 Mac – Sebanyak 6,443 kematian dilaporkan akibat nahas jalan raya tahun lalu dengan purata 18 kematian sehari bersamaan satu kematian dalam 80 minit, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, daripada jumlah itu, 4,480 kematian adalah pengguna motosikal dengan purata 12 kematian sehari dan satu kematian setiap dua jam. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) berkata, kerajaan akan terus melaksanakan beberapa inisiatif dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya. “Antaranya menerusi pelaksanaan program menaik…
Read MoreDay: March 6, 2024
Isa tidak tolak kemungkinan aktif politik
PUTRAJAYA 6 Mac – Bekas Naib Presiden UMNO, Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan tuduhan rasuah RM3 juta hari ini, tidak menolak kemungkinan kembali aktif dalam arena politik. Beliau yang sudah bersara daripada politik, berkata, politik adalah subjektif, boleh masuk dan tidak, dan ia bergantung kepada keadaan. Selepas dilepas dan dibebaskan daripada sembilan tuduhan rasuah RM3 juta, bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak menolak kemungkinan kembali aktif dalam arena politik. “Kalau keadaan baik dan memerlukan (saya kembali terbabit politik), saya boleh sertai dan kalau sebagai…
Read MoreTH sahkan pendeposit mangsa penipuan
KUALA LUMPUR 6 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan seorang pendepositnya menjadi mangsa penipuan (scammer) dengan sejumlah RM12,000 dipindahkan melalui lima transaksi dalam tempoh empat hari. Susulan itu, bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar, TH mengambil langkah proaktif dengan membekukan akaun mangsa, tiga hari sebelum aduan mangsa dibuat setelah TH mendapati terdapat transaksi yang mencurigakan. “TH juga sedang melakukan siasatan berhubung kejadian itu malah mangsa juga sudah membuat laporan polis dan TH akan sentiasa bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)dalam sebarang siasatan ke atas kes penipuan siber itu. TH…
Read MoreADUN Bersatu Selat Klang sokong MB Selangor
SEPANG 6 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang dari Bersatu Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. Dalam satu kenyataan, beliau berkata keputusan itu diambil tanpa sebarang paksaan selepas meneliti titah ucapan Sultan Selangor. “Keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan selepas saya meneliti titah ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri yang berada di landasan tepat demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat. “Langkah ini juga adalah akibat beberapa tindakan Perikatan Nasional yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilemparkan kepada…
Read MoreKes scam libatkan kerugian RM245 juta
KUALA LUMPUR 6 Mac – Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerima 71,631 panggilan berkaitan kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM245 juta dalam tempoh 14 bulan, iaitu antara 12 Oktober 2022 sehingga 31 Januari lalu, Daripada jumlah aduan itu, polis membuka 8,754 kertas siasatan bagi menyiasat berkaitan kesalahan penipuan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sebanyak 64 kertas siasatan pula dibuka di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) selain pembekuan sebanyak RM69 juta bagi tujuan siasatan kerana kesalahan pengubahan wang haram. Timbalan Menteri Kewangan,…
Read MoreKeputusan kini di tangan Hamas
KAHERAH: Keputusan kini berada di tangan pemimpin Hamas sama ada mahu membebaskan tebusan Israel sebagai pertukaran bagi gencatan senjata di Semenanjung Gaza, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden. Beliau membuat kenyataan itu ketika delegasi rundingan damai berjumpa pada hari ketiga tanpa sebarang kejayaan berikutan sikap Hamas dan Israel yang enggan bertolak ansur berhubung syarat yang ditetapkan masing-masing. Perunding dari kumpulan pejuang Palestin, Qatar dan Mesir berada di Kaherah dan cuba mendapatkan pengisytiharan gencatan senjata selama 40 hari dalam perang Israel-Palestin berikutan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.…
Read MoreCeroboh, curi tanah punca konflik berterusan
ANKARA: Penyelesaian konflik Israel-Palestin selama ini terhalang disebabkan tindakan Israel merampas hak orang lain menggunakan nama ‘peneroka’ untuk menceroboh dan mencuri tanah milik penduduk Palestin. Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, berkata ‘peneroka’ Israel adalah antara punca utama yang menghalang penyelesaian konflik Israel-Palestin selama ini. “Salah satu halangan terbesar ialah tindakan merampas hak orang lain menggunakan nama ‘peneroka’” katanya pada sidang media bersama sempena lawatan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Erdogan, yang lantang memperjuangkan hak Palestin, turut menggesa pemberian akses tanpa had ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sepanjang bulan Ramadan, yang dijangka…
Read More