ADUN Bersatu Selat Klang sokong MB Selangor

SEPANG 6 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang dari Bersatu  Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata keputusan itu diambil tanpa sebarang paksaan selepas meneliti titah ucapan Sultan Selangor.

“Keputusan ini dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan selepas saya meneliti titah ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri yang berada di landasan tepat demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini juga adalah akibat beberapa tindakan Perikatan Nasional yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilemparkan kepada raja-raja Melayu,” katanya.

Rashid adalah wakil rakyat terbaharu dari Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim selepas enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Bagaimanapun Rashid kekal komited sebagai ahli Bersatu dan akan terus berkhidmat sebagai ADUN Selat Klang.

“ Saya turut mengambil keputusan ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat negeri Selangor terutama penduduk di kawasan Selat Klang yang akan menerima manfaat dari kerajaan yang stabil serta padu,” katanya.

Nnnn

 

Related posts

Leave a Comment