Hadi utus warkah kepada Sultan Selangor

PUTRAJAYA 5 Mac – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengutuskan warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang diserahkan kepada Setiausaha Sulit baginda, Muhamad Munir Bani. Perkara tersebut dimaklumkan Pejabat Presiden Pas dalam satu pemakluman ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi Abdul Hadi. “Adalah dimaklumkan bahawa suatu warkah Menjunjung Kasih kepada DYMM Sultan Selangor diutus dan diserahkan kepada Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Baginda Tuanku, bertarikh 4 Mac 2024. Menjunjung Kasih Tuanku,” kata pemakluman itu. Pada 29 Februari lalu, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat dukacita dengan…

Read More

Tiga kadar zakat fitrah di Pulau Pinang

BAGAN 5 Mac – Umat Islam di Pulau Pinang diberi pilihan membayar zakat fitrah dalam tiga kadar RM7, RM14 dan RM21 yang ditetapkan berdasarkan jenis beras yang dimakan serta mengikut kemampuan masing-masing. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, kadar itu dibuat selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Katanya , tiga kadar zakat fitrah yang ditetapkan ini memberi peluang kepada umat Islam negeri ini yang memiliki kelebihan dari segi kemampuan menunaikan kewajipan zakat fitrah…

Read More

MUIS sasar kutip RM156,725,000

KOTA KINABALU 5 Mac – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7.50 bagi tahun ini berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh majoriti penduduk di negeri itu. Yang Dipertuanya, Yahya Hussin, berkata MUIS menyasarkan RM156,725,000.00 bagi keseluruhan kutipan zakat sepanjang Ramadan kali ini yang membabitkan RM11,725,000 untuk pungutan zakat fitrah manakala RM145 juta bagi zakat harta. “Jumlah keseluruhan pungutan zakat bagi negeri Sabah pada tahun lalu adalah sebanyak RM145,302,446.72 membabitkan zakat fitrah sebanyak RM11,251,061.26 manakala zakat harta, RM134,051,385.46. “Jumlah pembayar zakat…

Read More

Tiga Senator angkat sumpah jawatan

KUALA LUMPUR 5 Mac – Tiga Ahli Dewan Negara, dua dari Sabah dan seorang dari Sarawak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Mutang Tagal hari ini. Mereka ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Sabah,  Bobbey Ah Fang Suan; Ketua Penerangan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Anna Bell @ Suzieana Perian dan bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak, Pele Peter Tinggom. Anna Bell dan Pele adalah lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini hingga 4 Mac 2027, manakala Bobbey adalah lantikan semula oleh…

Read More

Kadar fitrah Terengganu tak kurang RM10

KUALA TERENGGANU 5 Mac – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini adalah tidak kurang RM10 seorang, kata Yang Dipertuanya, Shaikh Harun Shaikh Ismail. Beliau berkata penetapan kadar zakat fitrah itu mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Selasa lalu. Menurutnya, dua kadar bayaran zakat fitrah itu adalah mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari berdasarkan harga gred Super Tempatan dengan lima peratus hancur dalam pasaran. Kadar zakat umat Islam yang makan beras jenis Basmathi atau yang…

Read More

Ujian memandu tanpa pegawai JPJ dalam kenderaan

KAJANG 5 Mac – Tiada lagi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan ketika calon menjalani ujian memandu berikutan pelaksanaan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘eTesting’ . Kementerian Pengangkutan melancarkan projek perintis itu hari ini di tiga institut memandu di IM Surfine Hitech, Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya, Ulu Tiram, Johor dan Institut Lima Bintang Abadi, Pulau Pinang. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera serta keputusan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian. “Bagi…

Read More

Ingat janji-janji yang pernah ‘ditabur’

KUALA LUMPUR 5 Mac – Kerajaan digesa mengkaji dengan teliti atau menangguh pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol dan diesel, memandangkan rakyat sedang berdepan kenaikan harga barang dan pelbagai jenis cukai yang  membebankan. Muhyiddin Yasin (PN-Pagoh) yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, program rasionalisasi itu jika dilaksanakan akan menyebabkan semua barang dan perkhidmatan akan naik harga, dan lebih ramai rakyat akan sengsara. “Saya faham beban fiskal yang ditanggung oleh negara kita akibat jumlah subsidi yang besar. “Tetapi pada masa sama, adakah kita rela melihat rakyat menanggung sengsara dalam keadaan mereka sudah…

Read More

Bantuan haji bersasar diteruskan

KUALA LUMPUR 5 Mac – Kadar bantuan kewangan haji yang ditetapkan bagi setiap jemaah haji adalah berdasarkan kategori pendapatan individu masing-masing dan bukannya berdasarkan pendapatan isi rumah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata dasar penetapan kadar bayaran haji secara bersasar yang diperkenalkan pada musim haji 1443H/2022M diteruskan lagi untuk musim haji 1445H/2024M. Katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneruskan inisiatif bantuan itu dari tahun ke tahun kepada golongan paling memerlukan, selaras hasrat kerajaan untuk menstruktur semula bantuan secara bersasar. “Dasar klasifikasi pendapatan bagi…

Read More

Shehbaz Sharif angkat sumpah PM Pakistan

ISLAMABAD: Selepas hampir empat minggu pilihan raya umum berlangsung tanpa kemenangan mutlak parti politik, Shehbaz Sharif  mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Pakistan buat kali kedua. Sharif, 72, secara rasmi memegang jawatan pada majlis angkat sumpah jawatan di pejabat Presiden di ibu negara, Islamabad, sehari selepas Parlimen melantiknya sebagai Perdana Menteri, sebuah kerajaan campuran. Walaupun terdapat bantahan daripada ahli parlimen yang sehaluan dengan bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang dipenjarakan, Sharif mengetuai kerajaan campuran Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) dan Parti Rakyat Pakistan (PPP). Majlis angkat sumpah Sharif disiarkan secara langsung di…

Read More