ISLAMABAD: Shehbaz Sharif dipilih oleh sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, tiga minggu selepas pilihan raya yang menghasilkan tiada parti tunggal memenangi majoriti sehingga berlaku kelewatan dalam pembentukan kerajaan gabungan.
Pengerusi Dewan Rakyat, Ayaz Sadiq, mengumumkan pemilihan Shehbaz Sharif selepas beliau mendapat 201 undi, melebihi undi yang diperlukan iaitu 169 undi.
Sharif menewaskan Omar Ayub, calon disokong bekas Perdana Menteri yang dipenjara, Imran Khan, yang mendapat 92 undi.
Pengisytiharan itu disambut dengan protes daripada parti Sunni Ittehad Council (SIC) yang disokong Khan. Ahli Parlimen meminta pembebasan Khan dan meluahkan slogan yang mendakwa Sharif mendapat kuasa melalui penipuan pilihan raya.
Sharif kembali menjawat jawatan disandang sehingga Ogos tahun lalu apabila parlimen dibubarkan menjelang pilihan raya dan kerajaan sementara mengambil alih.
Sharif, 72, adalah adik kepada bekas Perdana Menteri tiga kali, Nawaz Sharif, yang memimpin kempen pilihan raya parti Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N).
Calon yang disokong oleh Khan mendapat kebanyakan kerusi tetapi PML-N dan Pakistan Peoples Party (PPP) bersetuju membentuk kerajaan gabungan yang membolehkan Shehbaz Sharif dipilih sebagai perdana menteri apabila abangnya berundur.
Nnn
