Tipu: Thailand selamatkan 900 warga China

BANGKOK: Kira-kira 900 warga China mangsa skim penipuan di sebuah bandar dekat sempadan Myanmar, diselamatkan polis Thailand minggu lalu

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, memaklumkan mangsa yang diselamatkan itu dijadual dihantar pulang ke negara asal mereka.

Srettha berkata, operasi bersepadu dijalankan dengan kerjasama tiga negara iaitu Thailand, Myanmar dan China.

“Proses dilakukan secara sukarela berdasarkan prinsip kemanusiaan. Ia tidak dipaksa,” katanya sambil menambah Kerajaan Thailand memudahkan urusan penghantaran mangsa untuk menaiki penerbangan di Mae Sot.

Menurut Polis Thailand, operasi yang bermula Khamis lalu selesai semalam, meliputi urusan membawa warga China dari bandar Myawaddy di Myanmar ke lapangan terbang di Mae Sot, sebuah daerah di sempadan Thailand.

Myanmar antara negara Asia Tenggara yang menjadi hab penipuan dalam talian.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ratusan ribu orang diperdagang oleh kumpulan jenayah selain dipaksa bekerja di pusat penipuan serta operasi haram lain.

Related posts

Leave a Comment