SEREMBAN 4 Mac – Wan Saiful Wan Jan diberi tempoh sehingga hujung minggu ini untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan beliau disogok untuk menyokong Perdana Menteri. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, sekiranya Wan Saiful tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil satu tindakan terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, tetapi tidak mendedahkan bentuk tindakan itu. Katanya, setakat ini Wan Saiful belum lagi datang ke SPRM untuk membuat aduan atau laporan berhubung dakwaan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat baru-baru ini. “Jadi kita akan panggil beliau dalam tempoh…
Read MoreDay: March 4, 2024
Boikot Starbucks rugikan rakyat Malaysia
OKINAWA 4 Mac – Tindakan rakyat tempatan memboikot Starbucks Malaysia hanya akan merugikan rakyat negara itu sendiri, kata Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. Beliau berkata, semua pihak perlu faham bahawa Starbuck Malaysia adalah syarikat milik negara itu. “Saya rasa mereka semua yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia. “Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80 hingga 85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot itu tidak menguntungkan sesiapa,” katanya kepada pemberita seperti…
Read MoreMinggu pertama tanpa kelas akademik
PUTRAJAYA 4 Mac – Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula pada 10 dan 11 Mac ini, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan. Beliau berkata, minggu berkenaan akan diisi dengan aktiviti bagi mewujudkan ekosistem menyeronokkan di sekolah. “Perkara berkenaan akan mewujudkan budaya untuk hadir ke sekolah secara berterusan sekali gus momentum terbabit dikekalkan sepanjang tahun,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat KPPM Sempena Pembukaan Sesi Persekolahan 2024/2025 di sini, hari ini. Pada hari kedua atau ketiga persekolahan yang bermula tahun ini…
Read MoreElak sesak, hapuskan tol Gombak dan Karak
KUALA LUMPUR 4 Mac – Seorang ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan memansuhkan sekurang-kurangnya dua tol masing-masing di Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata langkah itu penting mengambil kira kewujudan empat tol yang terpaksa dilalui pengguna LPT menuju Pantai Timur iaitu Gombak, Bentong dan Karak serta di laluan keluar. Beliau mencadangkan plaza tol Gombak dan Karak ditutup bagi mengelakkan kesesakan yang melampau serta melambatkan perjalanan pengguna LPT. “LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk…
Read MoreKenaikan harga disebabkan bahan mentah import
KUALA LUMPUR 4 Mac – Kenaikan harga bahan makanan ketika ini didorong kebergantungan negara yang tinggi terhadap bahan mentah import, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh. Situasi itu menyebabkan rakyat terus terbeban dan terpaksa menanggung kesan daripada kenaikan harga barang semasa. Justeru beliau menyangkal dakwaan kementeriannya tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang didakwa sengaja menaikkan harga bahan mentah sebaliknya KPDN sentiasa melakukan pemantauan menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. “Kos sara hidup ini ada kiraannya dari segi margin dan ‘mark…
Read MoreHentikan trend rosakkan ibadah di Baitullah
KUALA LUMPUR 4 Mac – “Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya,” Begitu pesanan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berikutan trend merakam video dan gambar di Baitullah okeh jemaah umrah. Katanya, agak janggal apabila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar yang bukan pada masanya. “Saya lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial. Jika ia…
Read MoreBerita pilihan…
Tipu: Thailand selamatkan 900 warga China
BANGKOK: Kira-kira 900 warga China mangsa skim penipuan di sebuah bandar dekat sempadan Myanmar, diselamatkan polis Thailand minggu lalu Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, memaklumkan mangsa yang diselamatkan itu dijadual dihantar pulang ke negara asal mereka. Srettha berkata, operasi bersepadu dijalankan dengan kerjasama tiga negara iaitu Thailand, Myanmar dan China. “Proses dilakukan secara sukarela berdasarkan prinsip kemanusiaan. Ia tidak dipaksa,” katanya sambil menambah Kerajaan Thailand memudahkan urusan penghantaran mangsa untuk menaiki penerbangan di Mae Sot. Menurut Polis Thailand, operasi yang bermula Khamis lalu selesai semalam, meliputi urusan membawa warga China…
Read MoreShehbaz Sharif PM Pakistan
ISLAMABAD: Shehbaz Sharif dipilih oleh sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, tiga minggu selepas pilihan raya yang menghasilkan tiada parti tunggal memenangi majoriti sehingga berlaku kelewatan dalam pembentukan kerajaan gabungan. Pengerusi Dewan Rakyat, Ayaz Sadiq, mengumumkan pemilihan Shehbaz Sharif selepas beliau mendapat 201 undi, melebihi undi yang diperlukan iaitu 169 undi. Sharif menewaskan Omar Ayub, calon disokong bekas Perdana Menteri yang dipenjara, Imran Khan, yang mendapat 92 undi. Pengisytiharan itu disambut dengan protes daripada parti Sunni Ittehad Council (SIC) yang disokong Khan. Ahli Parlimen meminta pembebasan Khan dan meluahkan slogan…
Read More