SEPANG 12 Jun – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkuat kuasa serta-merta tetapi kekal sebagai ahli PKR. Beliau yang sudah 18 tahun bersama parti dan lapan tahun memegang jawatan di peringkat pusat bagaimanapun akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sehingga Parlimen dibubarkan. Chean Chung berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti yang didakwanya gagal tampil membetulkan kesilapan dan memberikan penjelasan berhubung beberapa isu dibangkitkannya. “PKR hari ini bukan lagi PKR yang saya kenali dahulu.…
Read MoreDay: June 12, 2026
Marzuki nafi Bersatu rakus soal kerusi
SEPANG 12 Jun – Bekas Setiausaha Sulit Muhyiddin Yassin, Dr Marzuki Mohamad, menolak dakwaan Pas yang menyatakan Bersatu bersikap rakus dalam pembahagian kerusi pada pilihan raya. Marzuki yang mewakili Bersatu dalam rundingan kerusi sejak zaman Pakatan Harapan (PH) 1.0 hinggalah ke zaman Perikatan Nasional (PN), berkata pembahagian kerusi antara parti mengikut proses dan berdasarkan formula tertentu. “Proses bermula di peringkat negeri. Wakil-wakil parti di peringkat negeri akan berbincang dahulu parti mana akan bertanding di kerusi mana dan biasanya 50 peratus rundingan selesai di peringkat negeri. Baki 50 peratus yang ada…
Read MoreJohor mengundi 11 Julai, N. Sembilan 1 Ogos
PUTRAJAYA 12 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor pada 11 Julai manakala PRU DN Negeri Sembilan pada 1 Ogos. Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata bagi PRU DN Johor, hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun ini, manakala hari mengundi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai. Manakala bagi Negeri Sembilan, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai manakala hari mengundi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos. Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada…
Read MoreBerita pilihan…
Dana perluas penempatan di Tebing Barat
TEL AVIV – Kumpulan pemantau anti-penempatan, Peace Now mendakwa, Kerajaan Israel sedang mempertimbangkan peruntukan dana berskala besar bagi memperluas penempatan di Tebing Barat yang diduduki. Dalam laporan yang dikeluarkan, Peace Now berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan awal sebanyak 152 juta shekel (kira-kira AS$51 juta) bagi menyediakan pelan pembinaan untuk 69 penempatan dan pos luar di wilayah berkenaan. Kumpulan itu turut memaklumkan Kabinet Israel telah menangguhkan keputusan berhubung cadangan tambahan sebanyak 1 bilion shekel (kira-kira AS$338 juta), yang jika diluluskan, akan menjadi antara peluasan penempatan terbesar dalam beberapa dekad. Menurut Peace…
Read MoreIran belum buat keputusan muktamad
TEHRAN – Iran belum membuat keputusan muktamad berhubung kemungkinan memeterai perjanjian damai dengan Amerika Syarikat (AS) sehingga pihak berkuasa berpuas hati bahawa perjanjian itu benar-benar melindungi kepentingan negara dan rakyat Iran. Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei, keputusan akhir mengenai perkara itu sedang diteliti oleh badan-badan yang bertanggungjawab membuat keputusan. Kenyataan itu susulan dakwaan Presiden AS, Donald Trump, bahawa Washington dan Tehran berpotensi menandatangani perjanjian damai seawal hujung minggu ini. Baghaei berkata, Iran tetap memberi tumpuan kepada kepentingan nasional dan tidak akan tunduk kepada sebarang syarat yang dianggap tidak…
Read More