KUALA LUMPUR 20 Feb. – Satu kumpulan pendesak hari ini menuntut kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menunaikan janji-janjinya sewaktu menerajui blok pembangkang sebelum ini. Kumpulan yang melibatkan individu yang aktif dalam masyarakat sivil, pemikir, ilmuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menggesa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membentangkan pelan tindakan untuk reformasi Parlimen. Pada masa yang sama gerakan yang dikenali sebagai The Seed Community for a Professional Parliament (SCPP) itu mengingatkan Ahli Parlimen Tambun itu supaya menetapkan waktu yang jelas. SCPP dianggotai Projek SAMA, Institusi Pembaharuan Politik…
Read MoreDay: February 20, 2024
Prestasi ringgit dipengaruhi faktor luaran
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Prestasi ringgit sejak kebelakangan ini, sama seperti mata wang serantau lain telah dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour. Sebahagian daripada faktor ini termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China. Dalam satu kenyataan, Abdul Rasheed berkata, BNM berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia menuju ke hadapan. Gabenor bank pusat itu berkata, pertumbuhan pada 2024 akan dipacu oleh peningkatan dalam permintaan…
Read MoreNombor plat GOLD 1 milik Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida pada nilai sebanyak RM1.5 juta. Hasil bidaan tertinggi dalam sejarah negara itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke, di Istana Negara hari ini untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini, membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri ‘GOLD’ sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50. Bidaan itu…
Read MoreMenjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berangkat ke ‘pre-council’ Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara. Menurut hantaran di Facebook rasmi, Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok. Mesyuarat itu akan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Read MoreGabenor BNM akan jawab prestasi ringgit
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour. Beliau memberitahu demikian ketika menjawab pertanyaan media di sini selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam di sini hari ini. Mata wang tempatan terus merekodkan prestasi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini. Pada pukul 9 pagi tadi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin. Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan…
Read MoreDr Mahathir jalani proses pemulihan di IJN
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Dr Mahathir Mohamad, 98 masih dalam pengawasan di Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani proses pemulihan akibat jangkitan yang dialaminya. Jurucakap bekas Perdana Menteri itu turut berkongsi keadaan terkini Dr Mahathir yang dilihat sedang membaca akhbar dan menulis catatan. Namun, tidak dapat dipastikan bila Dr Mahathir akan dibenarkan keluar sehingga pihak IJN berpuas hati dengan tahap pemulihannya. “Saya tidak boleh beritahu bila Dr Mahathir dibenarkan keluar, buat masa ini kecuali IJN puas hati dengan tahap pemulihan beliau,” katanya dalam Kumpulan WhatsApp Media bekas Perdana Menteri…
Read MoreFahmi lancar 8 Kod Etika Wartawan Malaysia
PUTRAJAYA 20 Feb. – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang diharap akan terus memacu media Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih mengenai keadaan semasa negara. Beliau berkata, kod etika berkenaan yang menggarap lapan etika adalah versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lalu. “Pihak media berperanan penting sebagai mata dan telinga yang boleh dipercayai dalam memberikan maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara. Kod etika…
Read MoreMalaysia beri hujah di ICJ konflik Palestin-Israel
PUTRAJAYA 20 Feb. – Menteri Luar Mohamad Hasan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pendengaran Awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Kesan Perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur. Beliau yang diiringi Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, dijadual menyampaikan kenyataan lisan Malaysia pada pukul 12.10 tengah malam, Jumaat ini (waktu Malaysia) di Peace Palace, The Hague. Pendapat Nasihat adalah proses penting bagi memperoleh nasihat perundangan daripada ICJ, iaitu badan kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selaras Artikel 96 Piagam…
Read More3.61 juta daftar PADU
PUTRAJAYA 20 Feb. – Sehingga pukul 11.59 malam tadi (19 Februari), sebanyak 3.61 juta daripada 30.08 juta orang telah mengemaskini maklumat dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) Pendaftaran PADU dibuka sehingga 31 Mac depan untuk bukan penjawat awam, manakala pendaftaran untuk kakitangan kerajaan pula yang berakhir Khamis lalu menyaksikan 1.2 juta atau kira-kira 80 peratus daripada 1.5 juta mendaftar. Sistem PADU telah dilancarkan pada 2 Januari lepas dan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh membuat pendaftaran dan kemas kini maklumat individu sehingga 31 Mac. Salah satu kepentingan…
Read More