Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengesahkan akan memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman pada pukul 1 tengah hari esok, Isnin . Dalam kenyataan berbaur sinis, malam ini, Pua menyifatkan Ketua Polis Negara (KPN), Razarudin Husain, sebagai sangat cekap dan pantas bertindak berhubung laporan polis yang difailkan terhadapnya. “Ah. Tidak boleh lari selepas apa yang berlaku. “KPN sendiri bertindak sangat pantas, amat cekap dan bekerja lebih masa pada Ahad, memberikan perhatian peribadi kepada laporan-laporan polis yang mungkin difailkan oleh ‘budak-budak’ UMNO,” katanya. Terdahulu, media…

Read More

Najib: Pemimpin UMNO sokong pendirian MKT

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Perjumpaan Khas Presiden dengan kepemimpinan utama 191 UMNO Bahagian sebulat suara bersetuju dengan pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meneruskan usaha mendapatkan pembelaan ke atas Najib Razak. Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, majlis perjumpaan itu turut melibatkan kehadiran Exco-exco Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO. Katanya, adalah tidak wajar bagi sesiapapun mempertikaikan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang jelas diperuntukkan dalam Perkara 42 Kuasa Pengampunan, Perlembagaan Persekutuan. “Justeru suara-suara sumbang yang mempertikaikan kuasa ini hakikatnya secara jelas tidak menghormati institusi Raja…

Read More

Kecekapan Menteri Komunikasi dipersoalkan

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Rakyat mempersoalkan kecekapan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang gagal mengesan dan mengenal pasti bagaimana rahsia besar keputusan Lembaga Pengampunan bocor, kata Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, Razali dalam kenyataannya bertanya, siapa membocorkannya, bagaimana maklumat kerajaan bocor dan tidak mempunyai tatakelola yang cekap malahan yang menyiarkan terlebih awal adalah media asing. “Ini satu perkara yang sangat serius, berbahaya, sangat membimbangkan dan mewujudkan ketidaktenteraman awam. Menteri Komunikasi harus menjawab dan bertanggungjawab. “Rakyat menuntut PMX bertindak dan Kabinet perlu melakukan sesuatu di atas kegagalan Menteri Komunikasi mengesan kebocoran…

Read More

Tony Pua, Rafizi kembar raja formula

KUALA LUMPUR 4 Feb. –   Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, tampil menyindir beberapa pemimpin PKR dan DAP dengan menyifatkan Rafizi Ramli dan Tony Pua, sebagai ‘Kembar Raja Formula’. Mohd Puad dalam kenyataannya, mendakwa, ada pihak yang bersorak gembira apabila bekas Perdana Menteri,  Najib Razak, gagal mendapat pengampunan penuh. “Kalau DAP sudah tentu Tony Pua-Ram Karpal Singh. Kalau PKR mungkin Rafizi-Hassan Karim. Rafizi-Tony raja formula. Formula mereka hangus. Yang bagi hangus ialah Najib. Formula mereka hanya temberang. “Selagi Najib ada, susah jual formula baru. Mereka kena…

Read More

Hapus stigma Klang bandar Colombia

KLANG 4 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memastikan dan menentukan Klang bersih, malah tidak akan sama sekali membenarkan Klang disamakan dengan Colombia, kata Ketua Polis Negara, Razaruddin Hussain. Katanya, PDRM bertegas akan menghapuskan stigma ‘Klang seperti Bandar Colombia’ sebagaimana didakwa sesetengah pihak sejak kebelakangan ini akibat kegiatan jenayah. Justeru itu katanya, beberapa operasi dijalankan sejak 15 Januari lalu sehingga 1 Februari membabitkan kes dadah, penyeludupan migran dan aktiviti jenayah. “Persepsi itu diwujudkan oleh beberapa portal bermula daripada kes ejen hartanah disamun sebelum ini. Datuk Seri Mohd Shuhaily (Pengarah…

Read More

Jelaskan diskaun penjara, denda

TANJONG 4 Feb. – Lembaga Pengampunan didesak menjelaskan alasan di sebalik keputusannya mengurangkan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, langkah itu adalah demi kepentingan awam dan kegagalan berbuat demikian akan mencetuskan spekulasi bahawa keputusan Lembaga Pengampunan itu adalah sesuatu yang tidak wajar. “Najib disabitkan kesalahan oleh sembilan hakim dari Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Persekutuan, dengan seorang hakim menyifatkan pembelaannya sebagai memalukan negara. Keputusan yang mendapati beliau bersalah dalam kes ini adalah tidak diragui. Kedudukan itu diburukkan lagi dengan fakta bahawa…

Read More

Tony Pua didesak mohon maaf

KUANTAN 4 Feb. – Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail mendesak Tony Pua membuat permohonan maaf serta memadam semua hantaran atau berdepan tindakan undang-undang susulan tindakannya memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Mohd Najib Razak. Katanya, dalam keadaan UMNO bersedih, tindakan Tony yang juga bekas Setiausaha Publisiti DAP mengeluarkan kenyataan biadab menerusi beberapa hantaran di Facebook, jelas sekali menghina sistem perundangan negara. “Tindakan beliau ini juga seolah-oleh cuba meraih publisiti murahan bila mana diri beliau dilihat sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat termasuk ditolak ahli partinya sendiri dan semakin menuju…

Read More

Menteri direman akibat ubat palsu

COLOMBO: Bekas Menteri Kesihatan, Sri Lanka Keheliya Rambukwella ditahan reman sehingga 15 Februari ini bagi membantu siasatan terhadap penipuan 144 juta rupee (RM2.1 juta) membabitkan ubat yang sepatutnya menyelamatkan nyawa. Polis memberitahu Mahkamah Sri Lanka, kementerian itu berhasrat untuk membeli stok antibodi imunoglobulin, yang digunakan pada pesakit yang lemah imun tetapi apa yang dibayar kementerian ternyata hanya untuk ubat palsu. Jabatan Siasatan Jenayah juga menyoal Rambukwella, yang kini Menteri Alam Sekitar dan membawanya ke Mahkamah Majistret Maligakanda Colombo, yang mana hakim memerintahkan penahanannya. Beberapa pegawai penting Kementerian Kesihatan lain juga…

Read More

Imran Khan dihukum lagi

ISLAMABAD: Menjelang pilihan raya Pakistan, bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya, Bushra Khan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda, selepas mahkamah memutuskan perkahwinan mereka pada 2018 melanggar undang-undang. Sebelum ini, beberapa hari lalu Khan 71, yang masih dalam penjara,  dijatuhi hukuman 10 tahun kerana membocorkan rahsia negara dan penjara 14 tahun bersama isterinya itu kerana menjual hadiah negara secara haram. Bekas bintang kriket yang memimpin Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI),itu juga dilarang bertanding pada pilihan raya pada Khamis, 8 Februari ini. PTI dalam kenyataan berkata, selepas berjam-jam perbicaraan tergesa-gesa di…

Read More