Tony Pua, Rafizi kembar raja formula

KUALA LUMPUR 4 Feb. –   Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, tampil menyindir beberapa pemimpin PKR dan DAP dengan menyifatkan Rafizi Ramli dan Tony Pua, sebagai ‘Kembar Raja Formula’.

Mohd Puad dalam kenyataannya, mendakwa, ada pihak yang bersorak gembira apabila bekas Perdana Menteri,  Najib Razak, gagal mendapat pengampunan penuh.

“Kalau DAP sudah tentu Tony Pua-Ram Karpal Singh. Kalau PKR mungkin Rafizi-Hassan Karim.

Rafizi-Tony raja formula. Formula mereka hangus. Yang bagi hangus ialah Najib. Formula mereka hanya temberang.

“Selagi Najib ada, susah jual formula baru. Mereka kena tutup kedai. Tony dan Rafizi kembar Siam formula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), tol, turun harga barang dan petrol

Kini mereka lega kerana Najib terus dipenjara. Bolehlah temberang lagi sebagai ‘Raja Formula 2.0,” katanya melalui hantaran Facebooknya.

Terdahulu, Hassan berkata, UMNO perlu membuat rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan.

Katanya, selagi UMNO dipimpin Dr Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Melayu sukar menyokong UMNO, BN atau gabungan BN-PH.

Related posts

Leave a Comment