KUALA LUMPUR 4 Feb. – Rakyat mempersoalkan kecekapan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang gagal mengesan dan mengenal pasti bagaimana rahsia besar keputusan Lembaga Pengampunan bocor, kata Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris,
Razali dalam kenyataannya bertanya, siapa membocorkannya, bagaimana maklumat kerajaan bocor dan tidak mempunyai tatakelola yang cekap malahan yang menyiarkan terlebih awal adalah media asing.
“Ini satu perkara yang sangat serius, berbahaya, sangat membimbangkan dan mewujudkan ketidaktenteraman awam. Menteri Komunikasi harus menjawab dan bertanggungjawab.
“Rakyat menuntut PMX bertindak dan Kabinet perlu melakukan sesuatu di atas kegagalan Menteri Komunikasi mengesan kebocoran maklumat terutama kepada media asing,” katanya.
Terdahulu, CNA ketika memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan melaporkan hukuman penjara 12 tahun bekas Perdana Menteri itu atas tuduhan rasuah dikurangkan kepada enam tahun.
Pada masa yang sama Fahmi menafikan dakwaan beliau menjadi sumber yang dipetik media Singapura dalam laporan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan itu.
Sebaliknya beliau berkata, semua agensi media sama ada dalam mahu pun luar negara diminta menunggu Lembaga Pengampunan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, Razali juga menarik perhatian bahaqa Menteri Komunikasi sekali lagi memberi amaran atas nama kuasa untuk tindakan terhadap sesiapa yang melanggari 3R atas isu keputusan Lembaga Pengampunan itu.
“Itulah standard Menteri Komunikasi yang sentiasa gagal dan tidak dapat mengawal keadaan, maka tindakan undang-undang disuarakan. Rakyat sudah muak dan bosan,” karanya.
Nnnn
