Kabinet Jokowi berfungsi seperti biasa

JAKARTA 2 Feb. – Presiden Indonesia, Joko Widodo menegaskan, Kabinetnya berfungsi seperti biasa, walaupun terdapat laporan tidak puas hati dalam kalangan menterinya.

Beliau menambah, adalah perkara biasa dan demokratik untuk mempunyai perbezaan pendapat.

Indonesia akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) merangkumi pilihan raya Presiden dan perundangan pada 14 Februari ini.

Media tempatan melaporkan, wujud rasa tidak puas hati dalam Kabinet Jokowi berikutan kritikan awam terhadap presiden mengenai dakwaan campur tangan politik dan kurang berkecuali dalam sokongan kepada calon tertentu.

Namun, Jokowi berkata presiden dibenarkan menyokong calon asalkan tidak menggunakan aset atau kemudahan kerajaan bagi tujuan itu.

Pada 31 Januari lalu, calon Naib Presiden, Mahfud MD, dilaporkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Keselamatan Indonesia selepas beliau melihat Jokowi campur tangan dalam PRU Indonesia.

Difahamkan, tindakan itu didorong oleh perbuatan Jokowi menyokong Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, yang bertanding bersama anak Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, dalam PRU yang akan datang.

Sementara itu, Jokowi ketika pembukaan Kongres XVI Gerakan Pemuda (GP) Ansor di Pelabuhan Tanjung Priok, menggesa semua pihak, memberi komitmen

memastikan penyelenggaraan pilihan raya umum secara aman, tertib dan telus.

Paling penting katanya, pilihan raya harus menggembirakan, tidak meresahkan, serta tidak menakutkan.

Beliau juga meminta para ulama, tokoh agama, serta cendekiawan untuk senantiasa mengawal pemerintahan ke depan, juga konsisten berjuang meraih Indonesia Emas yang dicita-citakan.

Dalam hal ini, beliau juga mengajak seluruh pihak untuk terus membela nilai-nilai kemanusiaan dengan memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

Nnnn

(Foto fb Jokowi)

Related posts

Leave a Comment