K6 Bersatu, siapa berani jadi ‘anak jantan’

IBARAT gantung tidak bertali. Itu situasi dialami Kumpulan Enam (K6) Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kepemimpinan Anwar Ibrahim. Malangnya istilah yang merujuk hubungan suami isteri itu tidak terpakai bagi K6. Walaupun K6 wakil rakyat itu cuba menunjukkan ‘kejantanan’ masing-masing tetapi tidak ada seorang pun yang berani bertindak sebagai ‘anak jantan’ mengisytiharkan keluar parti dan sanggup berhadapan pilihan raya kecil (PRK). “Jika benar nak jadi anak jantan, umumkan pengunduran sebagai Ahli Parlimen,” kata Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris ketika mencabar Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman yang ‘buat bising’…

Read More

Keluarga kecewa tiada pengampunan penuh

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Ahli keluarga Najib Razak menghargai pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu tetapi kecewa tidak mendapat pengampunan penuh untuk dibebaskan serta-merta. Anak kepada Najib, Nooryana Najwa berkata, ini kerana pihaknya dan ahli keluarga kekal dengan pendirian dan yakin bahawa ayahnya itu tidak bersalah, sekali gus wajar dilepaskan dan dibebaskan. “Walaupun kami menghargai pengurangan hukuman daripada 12 tahun kepada enam tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat, kami berasa kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.…

Read More

Hukuman penjara Najib dikurang

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028. Selain tarikh pembebasan awal itu, denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Keputusan itu diumumkan Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Menurut satu kenyataan hari ini, sekiranya denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah setahun dengan tarikh…

Read More

Kabinet Jokowi berfungsi seperti biasa

JAKARTA 2 Feb. – Presiden Indonesia, Joko Widodo menegaskan, Kabinetnya berfungsi seperti biasa, walaupun terdapat laporan tidak puas hati dalam kalangan menterinya. Beliau menambah, adalah perkara biasa dan demokratik untuk mempunyai perbezaan pendapat. Indonesia akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) merangkumi pilihan raya Presiden dan perundangan pada 14 Februari ini. Media tempatan melaporkan, wujud rasa tidak puas hati dalam Kabinet Jokowi berikutan kritikan awam terhadap presiden mengenai dakwaan campur tangan politik dan kurang berkecuali dalam sokongan kepada calon tertentu. Namun, Jokowi berkata presiden dibenarkan menyokong calon asalkan tidak menggunakan aset…

Read More

2.38 juta individu kemas kini PADU

PUTRAJAYA 2 Feb. – Setakat semalam, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)  merekodkan jumlah pengemaskinian maklumat individu seramai 2.38 juta orang sejak dilancarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, 2 Januari lalu. Menurut infografik di laman Facebook PADU hari ini, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 0.38 juta individu, diikuti Sarawak (0.31 juta), Johor (0.24 juta) manakala Perak dan Sabah, masing-masing (0.21 juta) individu. Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan (0.16 juta) individu, Terengganu (0.13 juta), Pahang dan Kuala Lumpur, masing-masing (0.12 juta), Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing (0.11 juta), Melaka (0.07 juta), Perlis…

Read More

Israel sedia mara ke selatan Gaza

BAITULMAQDIS: Ketika usaha diplomatik dijalankan untuk mempercepatkan gencatan senjata, Israel bersedia mara jauh ke selatan Gaza berdekatan sempadan Mesir, selepas mendakwa sudah berjaya memusnahkan Hamas di Khan Younis. Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, semalam berkata mereka berjaya tumpaskan kumpulan Palestin di bandar selatan Gaza, Khan Younis, selepas melancarkan serangan darat besar minggu lalu. Kini, tentera Yahudi mula mara ke Rafah di sempadan selatan wilayah itu, ketika lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza sedang berlindung di sana dalam kesejukan dan kelaparan di khemah sementara dan bangunan awam. “Kami sudah mencapai misi…

Read More

UNRWA mungkin tutup operasi

BAITULMAQDIS: Agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan kebimbangan kemungkin menutup operasinya di seluruh tantau itu susulan pemotongan dana antarabangsa. Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata ‘jika pembiayaan masih digantung, kemungkinan besar pihaknya terpaksa menutup operasi pada akhir Februari bukan sahaja di Gaza tetapi juga di seluruh wilayah’. Beberapa negara penderma utama kepada UNRWA berkata, mereka akan menggantung pembiayaan selepas Israel mendakwa 12 kakitangan agensi mengambil bahagian dalam serangan Hamas pada 7 Oktober. Negara penderma itu termasuk Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis, Britain, Finland dan Jepun.. Philippe…

Read More