2.38 juta individu kemas kini PADU

PUTRAJAYA 2 Feb. – Setakat semalam, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)  merekodkan jumlah pengemaskinian maklumat individu seramai 2.38 juta orang sejak dilancarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, 2 Januari lalu.

Menurut infografik di laman Facebook PADU hari ini, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 0.38 juta individu, diikuti Sarawak (0.31 juta), Johor (0.24 juta) manakala Perak dan Sabah, masing-masing (0.21 juta) individu.

Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan (0.16 juta) individu, Terengganu (0.13 juta), Pahang dan Kuala Lumpur, masing-masing (0.12 juta), Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing (0.11 juta), Melaka (0.07 juta), Perlis (0.03 juta) manakala Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan (0.01) juta individu.

Orang ramai boleh mengemas kini maklumat mereka dalam sistem PADU menerusi laman sesawang www.padu.gov.my, yang dibuka dari 2 Januari hingga 31 Mac ini.

Related posts

Leave a Comment