MyPLUS-TTA bantu pengguna lebuh raya

KUALA LUMPUR 30 Jan. – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melancarkan aplikasi MyPLUS-TTA bagi membantu pengguna khususnya Lebuhraya Utara-Selatan merancang perjalanan ketika musim perayaan. MyPLUS-TTA adalah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik yang mengikut pola perjalanan pada musim-musim perayaan sebelum ini. Ia membantu pengagihan trafik bagi mengurangkan risiko kesesakan dan meningkatkan keselesaan perjalanan pengguna. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata, selain memberi manfaat khususnya kepada pengguna, ia memperkukuhkan agenda dan memenuhi aspirasi pendigitalan kerajaan. “Inisiatif ini merupakan penambahbaikan kepada jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS sejak 2007. Menerusi aplikasi ini,…

Read More

Istiadat keberangkatan balik tidak dapat dilupakan

KUANTAN 30 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat memastikan kelancaran Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka ke Pahang. Baginda menyifatkan Istiadat Keberangkatan Baliik selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 hari ini sebagai peristiwa yang tidak dapat dilupakan baginda  dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. “Sambutan keberangkatan pulang bagi saya hari ini cukup ‘memorable’ dari Istana Negara ke Parlimen seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan. “…dan saya tiba di…

Read More

Masih berbekaskah episod politik dan istana

SELAMAT tinggal Istana Negara. Berakhir sudah tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) XVI. Baginda kini kembali bersemayam di Istana Abu Bakar, Pahang. Al-Sultan Abdullah 65, dilantik lebih awal sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas Sultan Muhammad V dari Kelantan yang bersemayam mulai 13 Disember 2016 meletakkan jawatan sebagai YDPA XV pada 6 Januari 2019. Menyelak kembali pelantikan Al-Sultan Abdullah, sesuatu yang menarik perhatian adalah baginda merupakan ‘Sultan termuda’ dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas 15 hari naik takhta sebagai Sultan Pahang VI. Baginda diputuskan…

Read More

Letak jawatan jika nak jadi anak jantan

KUALA LUMPUR 30 Jan. – “Letak jawatan jika nak jadi anak jantan,”. Itu saranan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris terhadap enam ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri  Anwar Ibrahim. Khusus kepada Suhaili Abdul Rahman, Razali mencabar wakil rakyat itu melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Labuan berbanding ‘bising’ meminta parti untuk memecatnya. “Jika benar nak jadi anak jantan, umumkan pengunduran sebagai Ahli Parlimen… kami sudah tidak mahukan khidmat beliau (Suhaili )selepas dia menyokong Perdana Menteri. “Letak saja jawatan, kenapa takut,” katanya ketika mengulas kenyataan Suhaili yang mencabar…

Read More

DAP juga harap hubungan PH-BN kekal

PUTRAJAYA 30 Jan. – DAP juga berharap kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kekal berterusan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. Beliau berkata ketika ini kerjasama di antara PH dan BN terutama dalam Kerajaan Perpaduan amat baik dan perlu diperkasakan berdasarkan semangat dan iktibar seperti disaran Yang di-Pertuan Agong. “Kita mengambil iktibar daripada nasihat Yang di-Pertuan Agong yang menyarankan supaya kita kurangkan berpolitik dan fokus membangunkan negara serta buat kerja sebaiknya untuk rakyat. “Dengan semangat itu, kita akan terus bekerjasama…

Read More

RM100: 3 anggota polis trafik direman 3 hari

IPOH 30 Jan. – Tiga anggota Polis Trafik ditahan reman tiga hari mulai hari ini untuk siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman trafik, baru-baru ini. Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang ditahan itu berusia 37 hingga 42 tahun. Katanya , ketiga-tiganya kini ditahan reman sehingga 1 Februari bagi membantu siasatan kes yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu. Mereka ditahan untuk siasatan mengikut…

Read More

Perubahan kerajaan tidak akan ke mana

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Perkembangan politik semasa yang mendedahkan wujud tindakan pihak tertentu mahu menumbangkan kerajaan sedia ada amat menggusarkan kerana ia boleh merugikan dan menjejaskan kestabilan negara. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, urusan mentadbir kerajaan bukan sesuatu yang mudah dan perubahan yang mahu dilakukan sebelum tempoh pemerintahan ini berakhir, tidak akan membawa negara ke mana-mana. “Saya bukan mahu menidakkan mana-mana parti politik tetapi pengalaman bertukar kerajaan itu satu proses yang cukup merugikan negara. Sepanjang lima tahun menjadi Agong, saya ada empat Perdana Menteri dan ia cabaran…

Read More

Gembira kembali sebagai Sultan Pahang

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong mengakui gembira untuk pulang ke Pahang dan menyantuni rakyat negeri itu di setiap daerah. Baginda sebelum ini hanya sempat menjadi Sultan Pahang selama 15 hari sebelum masuk Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari 2019. “Saya suka berjumpa dan membantu rakyat kerana ia memberi semangat kepada saya. Sebenarnya banyak kerja yang perlu dilakukan di Pahang nanti sebab saya hanya sempat menjadi Sultan Pahang selama 15 hari saja sebelum ini.…

Read More