DAP juga harap hubungan PH-BN kekal

PUTRAJAYA 30 Jan. – DAP juga berharap kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kekal berterusan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Beliau berkata ketika ini kerjasama di antara PH dan BN terutama dalam Kerajaan Perpaduan amat baik dan perlu diperkasakan berdasarkan semangat dan iktibar seperti disaran Yang di-Pertuan Agong.

“Kita mengambil iktibar daripada nasihat Yang di-Pertuan Agong yang menyarankan supaya kita kurangkan berpolitik dan fokus membangunkan negara serta buat kerja sebaiknya untuk rakyat.

“Dengan semangat itu, kita akan terus bekerjasama dan memperkasakan kerajaan ini dan berharap kerjasama ini berterusan sehingga pasca PRU16,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan

Terdahulu, Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kerjasama PH dan BN diteruskan selepas PRU16.

Ketika berucap di Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak baru-baru ini, Presiden UMNO itu menasihatkan Pengerusi PH Perak, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi BN Perak, Saarani Mohamad, untuk memastikan keserasian di antara kepemimpinan kedua-dua parti bukan sekadar kelihatan dalam kalangan ahli politik, namun dipamerkan akar umbi peringkat bahagian dan cawangan.

Loke berkata, setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan bekerjasama dengan jujur dan ikhlas dan sentiasa berusaha untuk memperkasakan lagi kerjasama berkenaan.

“Kita (PH) memang sedang bekerjasama dengan BN dan sekarang berada dalam Kerajaan Perpaduan dan memang kita bekerjasama dengan ikhlas dan jujur dan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan kena berusaha seikhlasnya,” katanya

Nnn

Related posts

Leave a Comment