Himpunan Selamatkan Tanah Air Kita

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad turut hadir memberi sokongan kepada  tanda sokongan kepada Himpunan Selamatkan Tanah Air Kita Suara Rakyat Ke Istana Negara, di sini, hari ini.

Himpunan anjuran sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyerahkan memorandum yang dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara.

Orang ramai mula berkumpul di hadapan pintu dua Istana Negara sejak pukul 9 pagi dalam keadaan terkawal.

Empat individu menyampaikan memorandum terbabit ke kawasan istana sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mereka ialah Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya; Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali; Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd Aswanizam Alias.

Orang ramai juga melaungkan takbir sambil mengangkat sepanduk membawa pelbagai mesej  termasuk Rakyat Bersama Hemat Yang Di-Pertuan Agong’.dan Daulat Tuanku Selamatkan Rakyat Selamatkan Negara.

Peserta himpunan kemudian dilihat bersurai dari lokasi pada kira-kira pukul 11.30 pagi.

(Foto FB Pemuda Pas)

Related posts

Leave a Comment