GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu sudah melepasi 25,000 orang manakala 62,681 lagi cedera , demikian menurut pegawai kesihatan di Gaza hari ini. Pertempuran tentera Israel dan pejuang Hamas terus berlaku di beberapa lokasi, dari Jabalia di utara hingga Khan Younis di selatan Gaza. Kementerian Kesihatan Gaza berkata, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 178 rakyat Palestin terbunuh, salah satu hari paling maut sejak konflik tercetus manakala tentera Israel berkata, seorang tenteranya turut terbunuh dalam pertempuran. Katanya, kematian direkod tidak membezakan…
Read MoreDay: January 21, 2024
Pemilik terkejut rumah didiami warga asing
SEPANG 21 Jan. – Rumah kosong jangan dibiar begitu sahaja, tanpa pengawasan supaya tidak diceroboh orang dan dijadikan kediaman ‘milik sendiri’. Itu mesej yang ingin disampaikan oleh pemilik akaun Facebook Srilabu Kedah, yang mendedahkan sebuah rumah jenis pangsapuri di Puchong Selangor yang dibiarkan kosong selama 10 tahun diceroboh dan didiami warga asing. Kisah itu terbongkar apabila kenalan kepada Srilabu Kedah meminta beliau menjualkan rumah jenis pangsapuri berkenaan milik sahabat kenalannya yang tinggal di Pantai Timur. “Aku tanya rumah siapa tinggal sekarang? Owner (pemilik) kata rumah kosong dah beberapa tahun. Dari beli tak duduk,…
Read More50 kes penyamaran dalam tempoh 20 hari
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Sebanyak 50 kes penyamaran sebagai kenalan di media sosial dilaporkan dalam tempoh 20 hari tahun ini dengan kerugian RM238,732, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 494 kes dilaporkan di seluruh negara melibatkan kerugian RM2,503,803.05. Katanya, modus operandi yang digunakan sindiket penipuan adalah menyamar sebagai rakan atau kenalan di media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Telegram dan sebagainya. “Berdasarkan siasatan, sindiket itu didapati menggodam akaun media sosial milik mangsa dan…
Read MorePetrol bahan bakar khianat api MP Beruas
IPOH 21 Jan. – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak membuat pengesahan awal, bahan bakar yang digunakan suspek kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham adalah daripada petrol. Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata pengesahan itu telah dibuat pihak bomba pada 18 Januari lepas, dan pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada JBPM Perak. “Surat laporan rasmi akan dihantar kepada pihak polis dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata 11 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan kes…
Read MoreKenaikan tarif baharu tidak lebih 20 sen
MARANG 21 Jan. – Kenaikan tarif air baharu untuk pengguna domestik di Terengganu tidak akan melebihi 20 sen bagi penggunaan hingga 20 meter padu (m³), kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata kenaikan tarif air selepas lebih 20 tahun tidak berlaku kenaikan itu juga akan memberi situasi “menang-menang” untuk syarikat pengendali air dan pengguna di negeri ini. “Jadi sedikit sebanyak ia boleh membantu syarikat-syarikat air untuk menyediakan keperluan yang lebih baik kepada pengguna, penggantian paip dan sebagainya. “Jadi ‘is a win win’ (situasi menang-menang) untuk syarikat air dan…
Read MoreSerah 20 ahli majlis bukan UMNO merajuk
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Bukan merajuk tetapi UMNO Selangor akan memberi tumpuan kepada 373 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang dilantik di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Itu penjelasan Pengerusi UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin, berhubung keputusan menyerahkan kembali kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu kepada Pakatan Harapan (PH). Beliau turut menafikan dakwaan UMNO tamak atau tidak sedar diri mahupun mendesak PH untuk memberikan jawatan kepada parti berkenaan. “Keputusan dicapai (pada mesyuarat khas Perhubungan UMNO Selangor) semalam (kelmarin), kita serahkan semua…
Read MoreBerita pilihan…
Iktiraf hak Palestin bina negara sendiri
KAMPALA: Hak rakyat Palestin untuk membina negara sendiri mesti diiktiraf oleh semua, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Katanya, keengganan untuk menerima penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin dan penafian hak kenegaraan bagi rakyat Palestin tidak boleh diterima. Beliau menegaskan, pendirian sedemikian akan memanjangkan konflik yang menjadi ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan global, sekali gus memburukkan polarisasi. Pada sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Uganda, semalam Guterres mengutuk pencerobohan ketenteraan haram Israel terhadap Semenanjung Gaza dan menggesa gencatan senjata kemanusiaan yang berkekalan. Guterres pada…
Read MorePrabowo mendahului saingan calon Presiden
JAKARTA: Calon presiden Indonesia, Prabowo Subianto terus mendahului sokongan ke atasnya berbanding dua pesaingnya dalam tinjauan simulasi terbaru, menjelang pilihan raya yang akan berlangsung pada 14 Februari depan. Tinjauan Institut Kajian Indikator Politik Indonesia antara 10 Januari dan 16 Januari lalu menunjukkan 48.6 peratus pengundi menyokong gandingan menteri pertahanan itu serta calon naib presiden, Gibran Rakabuming Raka, anak sulung Joko Widodo. Bilangan penyokongnya meningkat selepas sokongan tidak berubah pada sekitar 45.8 peratus dalam dua tinjauan sebelumnya oleh Indikator. Prabowo melebarkan kedudukannya ke atas pesaingnya, juga bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan…
Read More