Lebih 25,000 rakyat Palestin terkorban

GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu sudah melepasi 25,000 orang manakala 62,681 lagi cedera , demikian menurut pegawai kesihatan di Gaza hari ini.

Pertempuran tentera Israel dan pejuang Hamas terus berlaku di beberapa lokasi, dari Jabalia di utara hingga Khan Younis di selatan Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 178 rakyat Palestin terbunuh, salah satu hari paling maut sejak konflik tercetus manakala tentera Israel berkata, seorang tenteranya turut terbunuh dalam pertempuran.

Katanya, kematian direkod tidak membezakan antara orang awam dan pejuang, memandangkan kebanyakan mereka yang terbunuh adalah orang awam.

Israel melancarkan kempennya untuk menghapuskan Hamas selepas kumpulan Islam itu menceroboh Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang,

kebanyakannya orang awam, selain mengheret 253 tebusan ke Gaza.

Tentera Israel berkata, mereka sudah membersihkan sebahagian besar wilayah utara Gaza daripada rangkaian ketenteraan Hamas dan lebih sejuta penduduk di sana sudah bergerak ke selatan untuk melarikan diri dari pengeboman.

Bagaimanapun, pertempuran berterusan berlaku di kem pelarian Jabalia dan kawasan lain di sekitar bandar Gaza.

Warga Palestin yang masih berada di kawasan itu menggambarkan keadaan yang begitu teruk.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment