KUALA LUMPUR 20 Jan. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara, hari ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri Kabinet, duta asing dan pegawai tertinggi kerajaan turut hadir. Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob turut hadir. Majlis Jamuan Teh Diraja yang dihadiri 2,500 tetamu itu, bermula pukul 3 petang bersempena…
Read MoreDay: January 20, 2024
Abang Johari enggan ulas isu YDPN
KUCHING 20 Jan. – Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg enggan mengulas spekulasi pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu dan peletakan jawatan Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Speaker Dewan Negara. “Tak perlu saya komen kerana itu kuasa Yang di-Pertuan Agong,” itu reaksi Abang Johari berhubung isu berkenaan. Katanya, beliau tidak dapat mengulas isu pelantikan Yang di-Pertua Negeri secara terbuka kerana ia kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Jadi saya tidak komen lebih daripada itu kerana ia hak mutlak Yang di-Pertuan Agong,” katanya selepas…
Read MoreHaji 1445H: Awasi scammer, rujuk TH, pilih PJH
TAHNIAH kepada bakal jemaah haji yang sudah mendapat tawaran untuk menunaikan haji, rukun Islam ke lima yang wajib jika berkemampuan. Syukur, anda antara 31,600 jemaah yang terpilih memenuhi kuota bagi musim haji 1445H/2024M. Masih ramai yang menanti giliran, bagaikan menunggu buah yang tidak gugur. Bagi yang sudah terpilih, bersyukurlah dan bersedia dengan fizikal dan mental. Bagi yang belum mendapat tawaran, terus bersabar. Maknanya, belum ada ‘kemampuan’. Kos haji musim ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu berikutan kenaikan kos meliputi seluruh rantaian perkhidmatan haji iaitu penginapan, penerbangan, sajian, visa,…
Read MoreHenti amalan DNAA bagi ahli politik
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa amalan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) mana-mana ahli politik khususnya yang berdepan pertuduhan kes rasuah di mahkamah dihentikan. Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata Bersih khuatir perkembangan ini akan meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada institusi penguatkuasaan undang-undang khususnya pejabat Peguam Negara. Justeru sudah tiba masanya untuk Peguam Negara menghentikan amalan itu, berikutan ia dilihat boleh membangkitkan kemarahan dalam kalangan rakyat. Beliau berkata, kenyataan Peguam Negara pada 15 Januari lalu bahawa pendakwa raya tidak perlu memberi penjelasan apabila memohon…
Read MoreAfnan Hamimi Ketua Pemuda PN
KUALA LUMPUR 20 Jan. – Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia Afnan Hamimi Taib Azamudden dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang baharu, berkuatkuasa hari ini. Pelantikan Ahli Parlimen Alor Setar itu diumumkan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, melalui satu kenyataan hari ini. Keputusan melantik Afnan Hamimi dibuat melalui mesyuarat Majlis Tertinggi PN s malam tadi bagi menggantikan penyandang yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari. “PN mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Yang Berhormat (YB) Ahmad Fadhli Shaari di atas…
Read MoreSolat Subuh dua sesi
JOHOR BAHRU 20 Jan. – Buat pertama kali, Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, di sini mengadakan solat Subuh dua sesi berikutan kehadiran lebih 12,000 jemaah susulan program Semarak Subuh Johor. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyifatkan kehadiran ramai jemaah bersolat Subuh di masjid negeri ini itu satu perkembangan yang amat baik “Sejak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini adalah hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir. Syukur Alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program Semarak Subuh Johor dan kempen Solat Subuh…
Read MoreBerita pilihan…
Liga Arab mesyuarat Isnin di Kaherah
ISTANBUL: Liga Arab dijadual mengadakan mesyuarat tergempar di peringkat perwakilan tetap, Isnin ini bagi membincangkan perkembangan situasi perang di Gaza. Wakil Tetap Palestin di Liga Arab, Mohannad Aklouk, berkata sesi luar biasa itu akan diadakan di ibu pejabatnya, di Kaherah. “Permintaan bagi penganjuran mesyuarat itu dibuat oleh Palestin dan disokong banyak negara Arab. “Selain membincangkan mengenai perang ke atas Gaza, sesi itu juga akan menyentuh mengenai jenayah Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki termasuk tindakan rejim terbabit merobohkan infrastruktur di kem pelarian Palestin,” katanya. Pada masa sama, Mohannad berkata,…
Read MorePanjangkan perang elak kejatuhan kerajaan
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, didakwa memanjangkan konflik di Gaza sebagai strategi mengelak daripada menghadapi persoalan mengenainya serta menghalang kejatuhan pakatan pemerintahannya. Menurut laporan akhbar Haaretz, seorang pegawai Israel dilaporkan berkata, perang ini tidak mempunyai tujuan dan masa depan, tetapi memanjangkannya adalah cara Netanyahu menangguhkan jawapan kepada persoalan tanggungjawab. Pegawai yang tidak dinamakan itu berkata Netanyahu “tahu ada peluang yang munasabah bahawa matlamat (perang) tidak akan tercapai dan ia sekadar menangguhkan masa.” Beliau juga berkata tawanan Israel yang ditahan di Gaza tidak mewakili kepentingan kepada Netanyahu, dan sukar untuk mempercayai…
Read More