38,285 pemilih baharu Disember 2023

PUTRAJAYA 19 Jan. – Sebanyak 38,285 warganegara didaftarkan sebagai pemilih baharu sepanjang bulan Disember 2023 berbanding 39,137 orang pada November dan 43,657 pada bulan sebelumnya.

Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas itu didaftarkan secara automatik dan semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan itu boleh disemak sehingga 17 Februari depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata DPT BLN12/2023 juga mengandungi 6,139 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,671 orang bertukar status atau kategori pengundi.

Katanya, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam Disember 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN12/2023.

“Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN12/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari

Ikmalrudin berkata mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

Borang C dan D itu juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan serta membayar fi bantahan pada waktu pejabat, pada hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN12/2023.

Bagi semakan DPT BLN12/2023, SPR menyediakan lima kaedah iaitu melalui portal SPR (https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my); portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri (http://ppn.spr.gov.my); aplikasi dalam talian (https://myspr.spr.gov.my); aplikasi mudah alih MySPR Semak dan Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih melalui talian 03-8892 7218.

Nnn

Related posts

Leave a Comment