38,285 pemilih baharu Disember 2023

PUTRAJAYA 19 Jan. – Sebanyak 38,285 warganegara didaftarkan sebagai pemilih baharu sepanjang bulan Disember 2023 berbanding 39,137 orang pada November dan 43,657 pada bulan sebelumnya. Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas itu didaftarkan secara automatik dan semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan itu boleh disemak sehingga 17 Februari depan. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata DPT BLN12/2023 juga mengandungi 6,139 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,671 orang bertukar status atau kategori pengundi.…

Read More

RM9.4 juta subsidi bakal jemaah B40

SEPANG 19 Jan. – Kerajaan akan menanggung kos sebanyak RM9.4 juta susulan pemberian subsidi sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah golongan B40 yang bakal menunaikan haji buat pertama kali musim haji 1445H/2024M. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, bantuan kewangan haji secara bersasar seperti diberikan pada tahun lepas adalah sebagai keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. “Dengan bantuan ini, setiap bakal haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM12,356 daripada jumlah keseluruhan RM13,356,” katanya selepas merasmikan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) 1445H/2024M di sini hari…

Read More

Kos bakal haji Muassasah B40 RM12,356

KUALA LUMPUR 19 Jan. –  Kadar bayaran haji untuk bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356 manakala RM19,152 bagi kumpulan M40. Bagi kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan ibadat haji pula adalah RM19,152 seorang manakala bagi golongan T20 pula, sebagaimana tahun lalu, jemaah dikehendaki membuat bayaran penuh iaitu RM33,300. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, berkata kos haji bagi bakal haji Muassasah untuk tahun ini meningkat kepada RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lalu. Bercakap pada…

Read More

Tiga pakaian seragam seminggu

PUTRAJAYA 19 Jan. – Mulai Mac ini, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan tiga jenis pakaian seragam yang boleh digunakan oleh murid-murid sepanjang sesi persekolahan 2024/2025. Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata garis panduan baharu itu membenarkan murid memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari diikuti pakaian sukan selama dua hari dan sehari untuk pakaian kokurikulum. Dalam Amanat 2024 KPM di sini, hari ini, beliau berkata, KPM memutuskan demikian selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh. Fadhlina berkata, perincian mengenai garis panduan itu akan dimaklumkan kepada semua pihak dalam…

Read More

Israel tetap tolak penubuhan Palestin

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata konflik yang sudah berlarutan melebih tiga dekad ini bukan tentang ketiadaan negara Palestin, tetapi berkenaan kewujudan negara Yahudi. “Selama 30 tahun saya sangat konsisten dan saya katakan perkara yang mudah – konflik ini bukan tentang ketiadaan negara Palestin, tetapi kewujudan negara Yahudi,” katanya. Ucapannya itu dituju khas kepada sekutu rapatnya Amerika Syarikat (AS), yang kini berbelah bahagi dalam memberikan sokongannya. Ini kerana Netanyahu dan kerajaan gabungan sayap kanannya majoriti menolak penubuhan negara Palestin, walaupun Washington berpendapat penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara…

Read More

Tarif baharu air Selangor libatkan lebih 2 juta akaun

SHAH ALAM 19 Jan. – Kadar baharu tarif air mulai 1 Februari ini, melibatkan 2,661,743 akaun termasuk pengguna domestik serta bukan domestik merangkumi rumah ibadat, perusahaan kecil, sederhana sehingga perusahaan multinasional. Menteri Besar Amirudin Shari berkata, kategori domestik termasuk rumah kos rendah, kondominium, estet juga kuarters kerajaan dengan caj minimum bagi pengguna domestik akan beralih kepada RM6.50 daripada RM6. Katanya, bagi rumah yang menggunakan air hingga 20 meter padu (m3), kadar caj bagi setiap meter padu akan beralih sebanyak 8 sen iaitu kepada RM0.65 bermula daripada 0 meter padu sehingga…

Read More