Slot khas ‘Buletin Diraja’ di TV3

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita Media Prima untuk menyampaikan berita. Slot khas Buletin Diraja itu kemudiannya disiarkan secara eksklusif di Buletin Utama, TV3 malam ini. Seri Paduka berdua yang berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Sri Pentas, Bandar Utama dekat sini diberi taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melawat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm,…

Read More

Wira Op Daulat terima PGB

KUALA LUMPUR 17 Jan. –  “Setiap masa akan teringat (peristiwa Op Daulat)… ketika melangkah di Balairung Seri (Istana Negara), menghadap Agong… saya masih terkenang peristiwa itu,” kata Deputi Superintendan Mohamad Hasnal Jamil Wira Op Daulat itu hadir di Istana Negara untuk menerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pegawai polis itu yang cedera ditembak dan ditetak pengganas Sulu dalam Op Daulat di Kampung Simunul, Semporna di Sabah pada Mac 2013, adalah penerima tunggal PGB sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,…

Read More

HLISB tawar pembiayaan umrah patuh syariah

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Hong Leong Islamic Bank (HLISB) bersedia menawarkan kemudahan pembiayaan bagi menunaikan umrah melalui kerjasama strategik dengan Andalusia Travel & Tours (Andalusia) yang ditandatangani hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif HLISB, Dafinah Ahmed Hilmi berkata, melalui perkongsian itu, pelanggan Andalusia boleh memohon pembiayaan mudah, digital dan patuh syariah daripada HLISB. Dafinah berkata, sebagai sebahagian daripada kerjasama, HLISB akan menawarkan Akaun Pay & Save-i dan Pembiayaan Peribadi-i kepada semua yang ingin menunaikan ibadah umrah. “HLISB akan melengkapkan pakej umrah Andalusia dengan rangkaian produk perbankan Islam yang komprehensif, sejajar…

Read More

Santapan istiadat perkahwinan

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada 14 Januari lalu berangkat ke Istiadat Perkahwinan Diraja bagi Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam di Istana Nurul Iman. Baginda berdua juga hadir pada Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja itu. Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua adalah atas persilaan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien…

Read More

Dr Mahathir sedia jumpa Menteri Perpaduan

PUTRAJAYA 17 Jan. –  Dr Mahathir Mohamad bersedia berjumpa dengan Menteri Perpaduan,  Aaron Ago Dagang seperti yang dicadangkan susulan kenyataan beliau mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara. “Saya harap dia datang,” kata bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. Dalam hantaran itu, Dr Mahathir berkata banyak pihak bercakap tentang kepelbagaian kaum dan mengkritik beliau berkenaan isu perkauman namun pada masa yang sama, terdapat banyak parti yang berasaskan kaum di Malaysia. “Yang asyik bercakap tentang multiracial dan kritik saya berkenaan isu berkaitan kaum harus…

Read More

Seksyen 11 WCE dijangka dibuka sebelum Aidilfitri

TAIPING 18 Jan. –  Kerajaan negeri menjangkakan Seksyen 11 Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dapat dibuka pada suku pertama tahun ini iaitu sebelum sambutan Aidilfitri akan datang, kata Menteri Besar, Saarani Mohamad. Laluan berkenaan yang membabitkan persimpangan Beruas ke Taiping Selatan itu pada mulanya dijangja dapat dibuka pada akhir bulan lalu, tetapi berlalu sedikit kelewatan. Saarani berkata, setakat 1 Disember, WCE siap 98 peratus dan kini memasuki tahap pemeriksaan, pemantauan dan sijil daripada Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). “Dijangka terdapat dua kawasan rehat dan rawat (R&R) di kedua-dua arah…

Read More

Tarif baharu air bermula 1 Februari

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dikuatkuasakan bermula 1 Februari ini, membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), berkata pelarasan tarif air ini akan dilaksanakan mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik. Dalam kenyataannya, SPAN memaklumkan, mengikut TSM, struktur dan komponen tarif akan diseragamkan untuk negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran. “Pelarasan…

Read More

Suspek lontar ‘molotov cocktail’ bebas

MANJUNG 17 Jan. – Suspek lelaki yang disyaki melontar ‘molotov cocktail’ hingga mengakibatkan kebakaran kenderaan dan rumah Ahli Parlimen Beruas,  Ngeh Koo Ham, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini. Sebelum ini, tempoh reman suspek berusia lingkungan 30-an itu dilapor dibenarkan dilanjutkan sehingga hari ini. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata kertas siasatan berhubung kes itu sudah dirujuk kepada pengarah pendakwaan Perak, semalam. “Kita menerima arahan supaya tangkapan (suspek) dibebaskan esok dengan jaminan polis dan menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan “Pihak polis juga memohon orang ramai…

Read More