YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pada 14 Januari lalu berangkat ke Istiadat Perkahwinan Diraja bagi Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam di Istana Nurul Iman.
Baginda berdua juga hadir pada Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja itu.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua adalah atas persilaan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
