Suspek lontar ‘molotov cocktail’ bebas

MANJUNG 17 Jan. – Suspek lelaki yang disyaki melontar ‘molotov cocktail’ hingga mengakibatkan kebakaran kenderaan dan rumah Ahli Parlimen Beruas,  Ngeh Koo Ham, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Sebelum ini, tempoh reman suspek berusia lingkungan 30-an itu dilapor dibenarkan dilanjutkan sehingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata kertas siasatan berhubung kes itu sudah dirujuk kepada pengarah pendakwaan Perak, semalam.

“Kita menerima arahan supaya tangkapan (suspek) dibebaskan esok dengan jaminan polis dan menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan

“Pihak polis juga memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran terbabit boleh salurkan kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan lelaki itu ditahan pukul 4 pagi pada 12 Januari lalu di kawasan Shah Alam, Selangor.

Related posts

Leave a Comment