KUALA LUMPUR 14 Jan. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, menitipkan doa agar perkahwinan anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, bersama Dayang Anisha Rosnah, diberkati serta dirahmati Allah SWT. Dalam catatan melalui Facebook, Anwar memaklumkan, mereka amat berbesar hati menerima jemputan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Persandingan Diraja putera baginda berdua yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, hari ini. “Dititipkan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulis beliau…
Read MoreDay: January 14, 2024
Bersih sokong akta kekal penggal Parlimen
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Akta Penggal Tetap Parlimen diperlukan untuk memastikan penggal Parlimen kekal sehingga habis tempoh demi kestabilan politik dalam membantu melancarkan usaha reformasi untuk kepentingan rakyat. Menurut Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), penggubalan akta itu perlu disusuli pembentukan Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan yang saksama kepada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Bersih berpandangan akta ini tidak menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi perkenan pembubaran Parlimen sekiranya diminta oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. Menerusi akta itu, sebarang…
Read More3 bekas MB Penasihat UMNO Terengganu
KUALA TERENGGANU 14 Jan. – Tiga bekas Menteri Besar dan calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi dilantik sebagai Penasihat UMNO Terengganu mulai semalam. Bekas Menteri Besar itu adalah Ahmad Said yang juga Ketua UMNO bahagian Kemaman, bekas Pengerusi FELDA, Idris Jusoh dan Dr Ahmad Razif Abd Rahman Pada PRK Parlimen Kemaman awal Disember tahun lalu, Raja Mohamed Affandi tewas dalam saingan kerusi Parlimen Kemaman kepada calon Pas yang juga Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau tewas dengan majoriti 37,220 undi apabila…
Read MoreBerita pilihan..
Operasi susulan di ‘hot spot’ warga asing
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Operasi susulan akan dilaksanakan di sekitar bandar raya ini dengan tumpuan di kawasan ‘hot spot’ warga asing, bagi kesalahan berkaitan imigresen, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid. Katanya, operasi mirip serbuan di Jalan Silang pada 21 Disember lalu itu akan dilakukan oleh Bukit Aman membabitkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA). Katanya, operasi bertumpu di lokasi tumpuan warga asing bagi mengesan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). “Pemantauan mendapati kebanyakan mereka yang bekerja ini memiliki dokumen pengenalan diri dan itu sebabnya mereka…
Read MoreLebih 4,000 tentera Israel status OKU
GAZA:Lebih 4,000 tentera rejim Zionis mengalami kecacatan dan menerima status orang kurang upaya (OKU) sejak perang bermula di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu, demikian pendedahan lapan web berita Israel. Tentera Israel menurut laman web Walla Israel bagaimanapun tidak memberikan rekod awam mengenai korban dalam pasukannya, bagi tujuan mengelak kemerosotan semangat dalam masyarakat Israel. Susulan itu, lebih 4,000 tentera itu menerima status OKU mengikut ‘klasifikasi tiga’, yang bermaksud bahawa mereka berhak mendapat semua layanan dan hak yang diberikan kepada OKU dalam tentera Israel. Sebelum ini, akhbar Israel mendedahkan, lebih 5,000…
Read More