Lebih 4,000 tentera Israel status OKU

GAZA:Lebih 4,000 tentera rejim Zionis mengalami kecacatan dan menerima status orang kurang upaya (OKU) sejak perang bermula di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu, demikian pendedahan lapan web berita Israel.

Tentera Israel menurut laman web Walla Israel bagaimanapun tidak memberikan rekod awam mengenai korban dalam pasukannya, bagi tujuan mengelak kemerosotan semangat dalam masyarakat Israel.

Susulan itu, lebih 4,000 tentera itu menerima status OKU mengikut ‘klasifikasi tiga’, yang bermaksud bahawa mereka berhak mendapat semua layanan dan hak yang diberikan kepada OKU dalam tentera Israel.

Sebelum ini, akhbar Israel mendedahkan, lebih 5,000 tentera cedera di Gaza sejak perang bermula dengan hampir 2,000 secara rasmi menerima status OKU oleh Kementerian Pertahanan.

Akhbar harian Yedioth Ahronoth, pula menyebut lebih 58 peratus daripada mereka yang cedera mengalami masalah serius pada tangan dan kaki sehingga memerlukan anggota itu dipotong.

Lebih 5,000 tentera yang cedera tiba di hospital di Israel dan lebih 2,000 diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan sebagai OKU.

Menurut laporan akhbar itu lebih 58 peratus daripada mereka yang cedera mengalami kecederaan serius di tangan dan kaki, termasuk memerlukan amputasi, kira-kira 12 peratus mengalami kecederaan dalaman membabitkan kerosakan limpa dan buah pinggang serta masalah organ dalaman lain yang pecah.

Kira-kira tujuh peratus anggota tentera Israel turut mengalami tekanan psikologi dan jumlah itu dikhuatiri akan meningkat dengan mendadak.

Nnn

Related posts

Leave a Comment