3 bekas MB Penasihat UMNO Terengganu

KUALA TERENGGANU 14 Jan. – Tiga bekas Menteri Besar dan calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi dilantik sebagai Penasihat UMNO Terengganu mulai semalam.

Bekas Menteri Besar itu adalah Ahmad Said yang juga Ketua UMNO bahagian Kemaman, bekas Pengerusi FELDA, Idris Jusoh dan Dr Ahmad Razif Abd Rahman

Pada PRK Parlimen Kemaman awal Disember tahun lalu, Raja Mohamed Affandi tewas dalam saingan kerusi Parlimen Kemaman kepada calon Pas yang juga Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau tewas dengan majoriti 37,220 undi apabila hanya memperoleh 27,778 undi berbanding Ahmad Samsuri meraih 64,998 undi.

Pelantikan empat penasihat itu diumumkan Presiden parti, Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu,  Rozi Mamat, mengesahkan pelantikan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Razif turut dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi UMNO negeri manakala Ketua UMNO Bahagian Marang, Nik Dir Nik Wan Ku dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO negeri.

Ketua UMNO bahagian Besut, Muhammad Pehimi Yusof, sebagai Setiausaha, Sabri Mohd Nor, yang juga Ketua UMNO bahagian Setiu (bendahari); Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Sabri Alwi sebagai Ketua Penerangan dan Din Adam (Dungun) Pengarah Strategik.

Related posts

Leave a Comment