Siapa mulakan Langkah Dubai, siapa gelabah, siapa lapor polis?

KUALA LUMPUR 12 Jan. –  Cerita Langkah Dubai. Siapa yang mulakan? Siapa yang menggelabah? Siapa yang terpaksa buat laporan polis? Siapa yang menjawab bahawa pembangkang tidak ada cukup sokongan? Siapa pula yang minta pembangkang bawa dalam Parlimen? Itu persoalan yang dilontarkan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin susulan cerita tersebut terus berada dalam media sosial. “Yang menghairankan, pembangkang sendiri tidak tahu menahu tentang Langkah Dubai. Fitnah yang direka dan dimainkan oleh pihak tertentu ini, tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. Cerita Langkah Dubai bermula pada 30 Disember lalu,…

Read More

Lelaki disyaki khianat ditahan

MANJUNG 12 Jan. – Polis awal pagi ini menahan seorang lelaki disyaki terbabit kes berunsur khianat dalam kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham. Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata suspek berusia 30-an ditahan bersama dua telefon bimbit di kawasan sekitar Shah Alam, pada pukul 4 pagi. “Suspek direman lima hari sehingga Selasa depan bagi siasatan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan penjara maksimum 14 tahun dan denda. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat,…

Read More

Lunas tunggakan gaji sebelum terbang semula

PUTRAJAYA 12 Jan. –  MYAirline Sdn Bhd tidak dibenarkan beroperasi semula, jika syarikat itu tidak melunaskan tunggakan gaji kakitangan serta membuat bayaran balik kepada penumpang, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, terbabit perlu melunaskan terlebih dahulu dua syarat terbabit, jika mahu mendapatkan semula Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) untuk beroperasi. “Kita akan bertemu dengan mereka kerana ingin mendengar sendiri apa cadangan mereka. Apa status sekarang ini kerana keutamaan ketika ini, apa sahaja permohonan yang mereka ingin buat, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi, jika mereka mahu memulakan semula operasi. “Pertama,…

Read More

Akad nikah putera Sultan Hassanal Bolkiah

BANDAR SERI BEGAWAN 12 Jan. – Putera Brunei Darussalam, Putera Abdul Mateen, yang juga antara kerabat diraja terkenal Asia selamat berkahwin dengan tunangnya, semalam dalam satu daripada 10 sambutan yang diadakan di negara itu. Majlis akad nikah putera raja berusia 32 tahun dengan Yang Mulia Anisha Rosnah, 29, diadakan di dalam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, masjid berkubah emas di ibu negara Bandar Seri Begawan. Mateen ialah anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah – raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia – dan beliau turut berada…

Read More

Banyak bersabar semasa di PPS

PEKAN 12 Jan. – Banyak bersabar! Demikian antara titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). Baginda mengingatkan mereka  supaya tidak cepat menghukum dan memburukkan kerajaan jika berlaku apa juga kekurangan di pusat pemindahan sementara (PPS). Titah baginda, kerajaan sentiasa berusaha membantu dan memberi yang terbaik kepada setiap mangsa banjir, tidak ada istilah mengambil mudah dalam menguruskan pihak terbabit. “Mangsa banjir perlu banyak bersabar sepanjang berada di PPS…sebagai contoh kalau makanan lewat sedikit sampai janganlah buat bising…

Read More