Lelaki disyaki khianat ditahan

MANJUNG 12 Jan. – Polis awal pagi ini menahan seorang lelaki disyaki terbabit kes berunsur khianat dalam kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata suspek berusia 30-an ditahan bersama dua telefon bimbit di kawasan sekitar Shah Alam, pada pukul 4 pagi.

“Suspek direman lima hari sehingga Selasa depan bagi siasatan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan penjara maksimum 14 tahun dan denda.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan rumah Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, di sini dibaling ‘molotov cocktail’ dipercayai menjadi punca kebakaran tiga kereta milik Penasihat DAP Perak itu termasuk siling di pekarangan rumahnya.

Related posts

Leave a Comment