Akad nikah putera Sultan Hassanal Bolkiah

BANDAR SERI BEGAWAN 12 Jan. – Putera Brunei Darussalam, Putera Abdul Mateen, yang juga antara kerabat diraja terkenal Asia selamat berkahwin dengan tunangnya, semalam dalam satu daripada 10 sambutan yang diadakan di negara itu.

Majlis akad nikah putera raja berusia 32 tahun dengan Yang Mulia Anisha Rosnah, 29, diadakan di dalam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, masjid berkubah emas di ibu negara Bandar Seri Begawan.

Mateen ialah anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah – raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia – dan beliau turut berada dalam urutan pewarisan.

Pengantin perempuan pula ialah cucu kepada salah seorang penasihat utama bapanya – dan dilaporkan mempunyai jenama fesyen sendiri dan memiliki syarikat usaha sama pelancongan.

Mateen, yang memakai pakaian putih tradisional dihiasi dengan motif berbentuk berlian dan tudung kepala sepadan, dibawa ke masjid menggunakan kenderaan mewah.

Perayaan untuk perkahwinan diraja akan dirai secara kemuncaknya pada Ahad ini dengan upacara bergemerlapan di istana 1,788 bilik dan perarakan.

Senarai tetamu itu dijangka termasuk keluarga diraja antarabangsa dan pemimpin politik.

Terdahulu, pada Rabu berlangsung Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Lelaki dan Perempuan di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

(Foto Jabatan Penerangan Brubei Darussalam)

Related posts

Leave a Comment