Pemuda PN gerakkan laporan polis kekang sangkaan jahat

SEPANG 11 Jan. – Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengecam kenyataan ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang mengaitkan punca kebakaran di kediaman beliau adalah daripada tindakan individu yang terpengaruh dengan kritikan pemimpin pembangkang berhubung kenyataan biadab beliau sebelum ini.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Koo Ham tidak perlu mendahului pihak berkuasa dalam mengenal pasti punca kebakaran dan individu yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, jika benar insiden kali ini merupakan satu bentuk serangan.

Beliau yang Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Koo Ham sekali lagi cuba mewujudkan isu ketegangan agama dan kaum dengan cuba mengheret insiden yang berlaku dengan cerita yang tidak berpandukan bukti kukuh.

Susulan kenyataan yang dianggap tuduhan dan fitnah jahat terhadap pembangkang, Pemuda PN akan menggerakkan laporan polis bagi mengekang fitnah sangkaan jahat yang cuba diwujudkan oleh Koo Ham terhadap PN khususnya dan umat Islam umumnya.

Semalam, Koo Ham pada sidang medianya percaya perbuatan khianat membakar kediamannya di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar berpunca daripada cadangannya supaya pakar bukan Islam turut dilantik dalam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

“Saya tak bersengketa dengan sesiapa. Saya percaya satu-satunya punca berlakunya tindakan yang disengajakan ini adalah susulan kenyataan media saya pada 28 Disember lalu,” katanya

Sambil memaafkan pelaku yang terlibat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak itu pada masa yang sama, mendakwa pemimpin pembangkang mengapi-apikan keadaan berikutan cadangannya itu supaya beliau dibenci.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas berkata, kenyataan Koo Ham kali ini seolah-olah membutakan mata terhadap kesalahan lalu beliau, apabila beliau berkali-kali menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Tidak cukupkah dengan kenyataan biadab sebelum ini sehinggakan ditambah sekali lagi dengan persepsi jahat sebegini?

“Ngeh Koo Ham juga tidak perlu berlagak suci kononnya telah memaafkan pembuat kesalahan walhal kamu baru sahaja melemparkan sebuah tuduhan dan fitnah yang jahat terhadap pembangkang dan orang yang mengkritik cadangan biadab kamu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Fadhli, pihaknya yakin dengan kecekapan pihak polis menjalankan siasatan dengan bebas.

“Sekiranya bukti mencukupi dikenal pasti, Pemuda Perikatan Nasional amat menyokong tindakan undang-undang terhadap pelaku terbabit kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang,” katanya.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment