ISKANDAR PUTERI 11 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan kerajaan juga tidak menyasarkan mana-mana bekas pemimpin, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menegaskan, siasatan berkaitan rasuah dilakukan SPRM tanpa mengira status dan kedudukan, baharu atau lama. Beliau berkata, mereka yang disiasat tidak perlu bimbang jika tidak bersalah manakala siasatan akan dibuat dengan teliti dan pendakwaan akan dikemukakan sekiranya terdapat bukti yang kukuh. “Namun janganlah sesetengah orang menganggap (tindakan SPRM) sasar orang tertentu dan sebagainya kerana ia akan beri gambaran seolah-olah ada orang atau jerung-jerung…
Read MoreDay: January 11, 2024
Dakwaan rasuah Agong fitnah melulu
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Tuduhan bahawa Perikatan Nasional (PN) merasuah Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan adalah fitnah melulu yang jelek, keterlaluan dan tidak masuk akal. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata fitnah jahat itu disambut pula oleh beberapa tokoh Pakatan Harapan (PH) termasuk yang berjawatan dalam kerajaan. “Saya percaya mereka yang membuat dan menyebar fitnah ini melakukan kesalahan berat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan. “Laporan polis telah dibuat oleh Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung PN supaya mereka yang berkenaan disiasat…
Read MoreTindakan mengaitkan Bersatu, Pas tidak bertanggungjawab
KUALA LUMPUR 11 Jan. – Tindakan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham mengaitkan Bersatu dan Pas sebagai mengapi-apikan isu sehingga membawa kepada serangan ‘molotov cocktail’ terhadap rumahnya sebagai tidak bertanggungjawab. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan berkata dalam urusan agama, orang Islam akan bangkit sendiri tanpa perlu diapi-apikan apabila urusan Islam dicampuri pihak luar. “Sayugia diingatkan dalam urusan agama Islam ini tak perlu dicampuri oleh pihak luar yang tidak berkaitan, kerana apabila dicampuri, orang Islam akan bangkit tanpa perlu diapi-apikan. “Sebab itu daripada menuduh, sepatutnya beliau (Koo Ham)…
Read MorePN lapor polis kenyataan Koo Ham
KAJANG 11 Jan. – Pemuda Perikatan Nasional (PN) membuat laporan polis terhadap, Ngeh Koo Ham selepas Ahli Parlimen Beruas itu mendakwa pembangkang mengapi-apikan keadaan supaya beliau dibenci berikutan satu cadangannya hingga menyebabkan kediamannya diserang molotov cocktail. Ketua Pemuda PN yang juga Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadli Shaari hadir di Balai Polis Kajang membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat kenyataan Koo Ham itu. Turut serta, Ketua Armada Bersatu yang juga Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Koo Ham sebelum ini mencadangkan pakar bukan Islam turut…
Read MorePemuda PN gerakkan laporan polis kekang sangkaan jahat
SEPANG 11 Jan. – Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengecam kenyataan ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang mengaitkan punca kebakaran di kediaman beliau adalah daripada tindakan individu yang terpengaruh dengan kritikan pemimpin pembangkang berhubung kenyataan biadab beliau sebelum ini. Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Koo Ham tidak perlu mendahului pihak berkuasa dalam mengenal pasti punca kebakaran dan individu yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, jika benar insiden kali ini merupakan satu bentuk serangan. Beliau yang Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa Koo Ham sekali lagi cuba mewujudkan isu ketegangan agama…
Read MoreProjek RTS Link ‘disambung’
JOHOR BAHRU 11 Jan. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong hari ini menyaksikan detik bersejarah Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) “disambungkan” antara Malaysia dan Singapura. Penyambungan itu melibatkan penyempurnaan span, iaitu titik pertemuan jejambat marin projek tersebut antara Johor Bahru dan Singapura. Anwar dan Hsien Loong turut menandatangani plak yang secara simboliknya menunjukkan komitmen kedua-dua negara terhadap pembinaan projek tersebut yang mencapai tahap kemajuan 65 peratus setakat 31 Disember lalu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan…
Read MoreBerita pilihan…
Bekalan air di Pulau Pinang mula pulih
TANJONG 11 Jan. – Kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1.2 meter (m) yang bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, dekat sini dan penyelenggaraan pencegahan di 22 lokasi lain telah siap sepenuhnya malam tadi. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K.Pathmanathan berkata semua kerja terbabit siap lebih awal daripada jadual dan pada pukul 11 malam, pelan pemulihan bekalan air telah pun bermula. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, bekalan air dinormalisasi secara berperingkat hari ini untuk 197,025 pengguna iaitu 33 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di…
Read MoreMenara Merdeka 118 simbol kejayaan meniti kemerdekaan
KUALA LUMPUR: Menara Merdeka 118 mercu tanda baharu perlu dilihat sebagai kejayaan dalam meniti liku-liku kemerdekaan sehingga negara serba rencam dan majmuk dapat disatukan atas semangat nasionalisme yang tinggi. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah Menara Merdeka 118 ini adalah simbol rakyat meraikan kepelbagaian negara sebagai realiti wajah Malaysia yang merdeka. Titah baginda, dilihat dari sudut mana sekalipun, menara ini memberi cerminan bagaimana negara melalui peredaran zaman sehingga maju jaya dalam pelbagai bidang dengan struktur sosial dan nilai perpaduan menurut acuan tersendiri. Justeru, titah baginda, rakyat Malaysia…
Read More