Kunjungan Zahid sempena pasca banjir

KUANTAN: Kunjungan Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Cameron Highlands adalah sempena lawatan pasca bencana di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, susulan kejadian tanah runtuh pada Oktober tahun lalu. Menteri Besar yang juga Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail, berkata, ia disusuli program Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Cameron Highlands yang dihadiri pimpinan UMNO di peringkat negeri dan bahagian. Justeru beliau menafikan tuduhan penulis blog, Raja Petra bahawa Presiden UMNO telah mengarahkan agar semua Ahli Parlimen BN untuk berkumpul di Cameron Highlands bagi tujuan menyatakan pendirian sokongan…

Read More

DBKL serbu Jalan Haji Taib

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu Jalan Haji Taib dan Chow Kit, lokasi yang turut menjadi tumpuan peniaga serta penjaja warga asing khususnya dari Bangladesh dan Indonesia. Serbuan membabitkan 131 pegawai dan anggota penguat kuasa itu bermula pukul 9 malam tadi dijalankan menerusi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016. Ketika serbuan itu, pihak DBKL tertumpu kepada pemeriksaan aktiviti perniagaan dan penjaja terdiri ubatan seks, makanan, minuman dan pakaian terpakai yang membabitkan pekerja, pembantu, peniaga dan pengendali warga…

Read More

Mahfuz, Hatta dilantik Naib Presiden Amanah

KUALA LUMPUR 7 Jan. –  Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dikekalkan  sebagai Naib Presiden Amanah manakala seorang lagi yang dilantik memikul tangggungjawab itu adalah bekas Ahli Parlimen Lumut, Dr Hatta Ramli. Pelantikan itu dibuat Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional (JKP) sesi 2023 – 2026 dalam mesyuarat pertamanya selepas pemilihan yang dipengerusikan oleh Presidennya,  Mohamad Sabu. Pada pemilihan sempena Konvensyen Amanah Nasional 24 Disember lalu, Mahfuz mendapat 694 undi iaitu pada kedudukan kelima undian tertinggi manakala Mohd Hatta yang juga bekas Setiausaha Agung mendapat 549 undi, pada kedudukan 11. Tiga…

Read More

Syarikat tipu umrah didakwa Selasa

TENOM 7 Jan. – Sebanyak 88 kertas siasatan dibuka bagi kes penipuan pakej umrah membabitkan 47 mangsa, Disember lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali. Beliau berkata sebahagian siasatan sudah lengkap dan syarikat berpangkalan di Putrajaya itu akan didakwa pada 9 Januari ini mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999. “Dalam isu penipuan umrah ini, bidang kuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terkait kepada aspek kepenggunaan. Aspek pelesenan, elemen jenayah dan lain-lain adalah di bawah bidang kuasa kementerian serta agensi berbeza,”…

Read More

Pelajar perempuan dilarikan depan sekolah

GOMBAK 7 Jan. – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita kerana disyaki melarikan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ketika mangsa berada di hadapan sebuah sekolah menengah di Kepong, di sini, kelmarin. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada jam 10.36 pagi sebelum itu. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, ibu mangsa sebelum itu dimaklumkan oleh guru anaknya mengenai tindakan seorang lelaki dan seorang wanita melarikan pelajar terbabit menggunakan sebuah kereta di hadapan…

Read More

Netanyahu terus ikrar musnah Hamas

GAZA: Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, terus berikrar hanya akan berhenti melancarkan serangan ke atas Gaza yang menghampiri bulan keempat selepas ‘kemenangan penuh’ memusnahkan Hamas. Pemimpin zionis itu masih berkeras dengan pendiriannya walaupun masyarakat antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, kini menggesa konflik Israel-Palestin diselesaikan secara diplomatik. Beliau menegaskan Israel akan meneruskan kempennya untuk menghapuskan Hamas, membebaskan tahanan dan memastikan bahawa Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel. “Kita perlu mengetepikan segala-galanya sehingga kemenangan sepenuhnya dicapai,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya. Perang yang dicetuskan oleh serangan…

Read More

11,000 penduduk Palestin di penjara Israel

RAMALLAH: Kira-kira 11,000 penduduk Palestin ditahan di penjara Israel sepanjang Tahun 2023 dengan separuh daripadanya ditangkap selepas 7 Oktober. Jumlah itu hampir menyamai angka tangkapan yang dilakukan antara tahun 2001-2002 semasa gelombang Intifada Al-Aqsa Kedua dan tidak termasuk tahanan Gaza selepas 7 Oktober. Angka tersebut dikeluarkan Suruhanjaya bagi Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan Palestin dalam kenyataan bersama tiga lagi organisasi berkaitan tahanan Palestin. Organisasi berkenaan ialah Kelab Tahanan Palestin, Yayasan Penjagaan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin “Addameer” dan Pusat Maklumat Wadi Hilweh-Baitulmaqdis. Kenyataan berbahasa Arab itu menjelaskan jumlah…

Read More