DBKL serbu Jalan Haji Taib

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu Jalan Haji Taib dan Chow Kit, lokasi yang turut menjadi tumpuan peniaga serta penjaja warga asing khususnya dari Bangladesh dan Indonesia.

Serbuan membabitkan 131 pegawai dan anggota penguat kuasa itu bermula pukul 9 malam tadi dijalankan menerusi peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Ketika serbuan itu, pihak DBKL tertumpu kepada pemeriksaan aktiviti perniagaan dan penjaja terdiri ubatan seks, makanan, minuman dan pakaian terpakai yang membabitkan pekerja, pembantu, peniaga dan pengendali warga asing dari dua negara terbabit.

DBKL melalui kenyataan di Facebook berkata, lebih 200 aktiviti perniagaan bazar pakaian terpakai dan lain-lain penjualan barangan am dan aksesori yang beroperasi sepanjang Jalan Haji Taib, Chow Kit itu diperiksa.

Hasilnya, tindakan sita dan pindah barangan dikenakan ke atas 12 pemilik aktiviti atau tapak lot perniagaan yang gagal mempamerkan lesen dan dikendalikan warga asing tanpa kebenaran, membabitkan sembilan peniaga barangan terpakai, dua peniaga makanan dan minuman serta satu penjaja ubat-ubatan seks.

DBKL turut mengingatkan semua pemegang lesen perniagaan untuk memastikan beroperasi mengikut syarat tercatat dalam lesen perniagaan seperti masa, lokasi tempat dan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa bagi melantik mana-mana pembantu premis atau gerai mengendalikan perniagaan.

Tindakan penguatkuasaan lebih tegas akan dilakukan sekiranya masih terdapat warga tempatan selaku pemilik aktiviti perniagaan yang menggajikan atau membenarkan warga asing beroperasi termasuk pembatalan lesen perniagaan.

Barangan pakaian terpakai dan peralatan disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan proses dokumentasi.

Serbuan ini dibuat susulan operasi sebelum ini di Jalan Silang dan Masjid India,

Related posts

Leave a Comment