Bina semula Masjid Muhammad Al Amin

PENGHUJUNG 2013, Muslim Care Malaysia (MCM) mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik di Gaza, Palestin hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia. Malangnya pada 7 Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin itu musnah keseluruhannya akibat serangan bom tentera Israel yang bertindak balas selepas serangan Hamas. Melalui Facebooknya, MCM mengimbas semula solat mengenai masjid itu termasuk solat Jumaat pertama di masjid berkenaan. Masjid berkenaan dibina pada 2011 menggunakan hasil sumbangan rakyat Malaysia, dan beroperasi pada Oktober 2013. Presiden MCM, Zulkifli Wahijan seperti dilapor Metro Ahad, menyasarkan kutipan sebanyak…

Read More

Projo pilih Prabowo Subianto calon Presiden

JAKARTA 15 Okt. – Projo, rangkaian sukarelawan Presiden Indonesia, Joko Widodo mengesahkan jeneral bersara, Prabowo Subianto sebagai calon presiden dalam pemilihan Februari depan. Pengesahan daripada rangkaian ‘Projo’, itu dilihat sebagai proksi untuk presiden, yang merupakan isyarat paling kuat bahawa penyandang itu akan menyokong bekas pesaingnya dalam pemilihan akan datang. Ketua Projo yang juga Menteri Komunikasi kepada presiden, Budi Arie Setiadi mengisytiharkan sokongan kumpulan itu semasa sidang media di rumah Prabowo di Jakarta. “Beliau seorang yang berani dan komited terhadap kebajikan rakyat Indonesia,” kata Budi. Jokowi masih belum mengesahkan mana-mana calon…

Read More

Dua juta berdepan masalah air di Gaza

GENEVA: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mendakwa dua juta penduduk di Gaza kini berdepan ancaman bahaya ekoran hampir kehabisan bekalan air. “Keadaan sekarang ini antara hidup dan mati. Bahan api perlu dihantar segera ke Gaza untuk membolehkan air dibekalkan kepada dua juta penduduk. “Sudah seminggu tiada bekalan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza,” kata Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini dalam satu kenyataan Katanya, penduduk terpaksa menggunakan air kotor dari perigi selepas loji air Gaza dan rangkaian air awam berhenti berfungsi dan keadaan ini akan…

Read More

PSM jelaskan insiden rumput tercabut

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjelaskan standard tempoh masa penyediaan secara rapi rumput padang seharusnya mengambil masa 12 bulan untuk keseluruhan proses siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak PSM hanya mempunyai tempoh lapan bulan di samping keadaan hujan sepanjang minggu lalu juga tidak membantu dalam penyediaan pertumbuhan padang baharu itu. PSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan beberapa tompok bertentangan ‘grandstand’ kurang kukuh akibat pendedahan cahaya matahari yang lebih rendah di kawasan terbabit. Sambil menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, PSM berkata pihaknya menggunakan ‘grow light’ bagi merangsang…

Read More

Putra gesa kerajaan hantar nota bantahan

KUALA LUMPUR 14 Okt. –  Putra menggesa kerajaan Madani memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) di sini bagi menyatakan kecaman Malaysia terhadap Israel yang terus melakukan kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat Palestin. Presiden Putra Dr Ibrahim Ali berkata, pada masa yang sama, Kerajaan Madani perlu menghantar nota bantahan melalui Duta AS di sini,  Duta Malaysia di AS serta Duta Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Katanya, nota bantahan itu perlu sampai segera kepada Setiausaha Agung PBB sebagai tanda kecaman di atas perbuatan zionis Israel terhadap rakyat Palestin. “Nota bantahan…

Read More

1,447 terima anugerah kebesaran Sarawak

KUCHING 14 Okt. – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mendahului senarai 1,447 penerima anugerah kebesaran Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-87 Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini. Beliau adalah penerima tunggal Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran “Datuk Amar”. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, ) Tan Sri Azam Baki pula adalah antara sembilan penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa…

Read More

23 pegawai kanan terlibat pertukaran, naik pangkat

KUALA LUMPUR 14 Okt. –  Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman berkuat kuasa semalam. Berikutan itu, jawatan Mohd Azman sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak akan diambil alih Timbalannya, Datuk Mancha Anak Ata dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP). Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Polis (DCP) Alzafny Ahmad, berkata pelantikan Mohd Azman bagi menggantikan Datuk Seri Mat Kasim Karim yang bersara wajib, 30 September lalu. Mohd Azman antara 23 pegawai kanan polis yang terbabit dalam pertukaran dan kenaikan pangkat…

Read More