JAKARTA 15 Okt. – Projo, rangkaian sukarelawan Presiden Indonesia, Joko Widodo mengesahkan jeneral bersara, Prabowo Subianto sebagai calon presiden dalam pemilihan Februari depan.
Pengesahan daripada rangkaian ‘Projo’, itu dilihat sebagai proksi untuk presiden, yang merupakan isyarat paling kuat bahawa penyandang itu akan menyokong bekas pesaingnya dalam pemilihan akan datang.
Ketua Projo yang juga Menteri Komunikasi kepada presiden, Budi Arie Setiadi mengisytiharkan sokongan kumpulan itu semasa sidang media di rumah Prabowo di Jakarta.
“Beliau seorang yang berani dan komited terhadap kebajikan rakyat Indonesia,” kata Budi.
Jokowi masih belum mengesahkan mana-mana calon secara rasmi.
Walaupun Jokowi tidak mengetuai parti sendiri, beliau mempunyai pengikut tidak rasmi berjuta-juta sukarelawan yang aktif di media sosial dan mempromosikan dasar dan jawatan presidennya, terutamanya menjelang pilihan raya.
Rangkaian Projo membantu melonjakkan kemenangan menentang Prabowo dalam pilihan raya presiden 2014 dan 2019.
Sementara itu melalui hantaran di Facebooknya, Prabowo Subianto berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepadanya yang dianggap sebagai satu penghormatan.
“Kepercayaan yang saudara-saudara berikan, saya terima sebagai amanah, sebagai penugasan mulia untuk berbakti kepada negara dan bangsa.
“Dalam beberapa bulan ke depan tepatnya pada 14 Februari 2024 adalah suatu hari yang sangat penting, karena hari itu adalah hari kedaulatan rakyat. Hari di mana rakyat Indonesia akan menentukan pilihannya,” katanya.
Beliau juga mengajak kawan-kawan,, tokoh-tokoh nasional, para pimpinan parti politik yang tergabung dalam Koalisi Indonesia Maju untuk turun ke rakyat, meyakinkan mereka bahwa pimpinan akan menjaga amanah yang diberikan untuk mewujudkan kehidupan yang sejahtera dan adil bagi seluruh rakyatnya.
(Foto FB Prabowo)
