1,447 terima anugerah kebesaran Sarawak

KUCHING 14 Okt. – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mendahului senarai 1,447 penerima anugerah kebesaran Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-87 Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Beliau adalah penerima tunggal Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran “Datuk Amar”.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, ) Tan Sri Azam Baki pula adalah antara sembilan penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran “Datuk Seri”.

Sementara itu, seramai 12 penerima dianugerahkan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran “Datuk”.

Antara penerima PGBK ialah Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Seramai 11 individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran “Datu” dan 21 individu dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran “Datuk”.

Pingat Johan Bintang Sarawak dianugerahkan kepada dua penerima, Johan Bintang Kenyalang (lima), Johan Perkhidmatan Cemerlang (dua), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (19), Pingat Perwira Negeri (36), Pegawai Bintang Sarawak (51), Pegawai Bintang Kenyalang (105) dan Pingat Perkhidmatan Bakti (182).

Pingat Ahli Bintang Sarawak pula dianugerahkan kepada 196 penerima, Ahli Bintang Kenyalang (124), Pingat Perkhidmatan Terpuji (372) dan 299 menerima Bentara Bintang Sarawak.

Related posts

Leave a Comment